SELEPAS kira-kira seminggu menimbulkan kontroversi kerana enggan menerima vaksin jenama Sinovac, hajat pelakon dan penyanyi Ifa Raziah untuk mendapatkan pelali keluaran pfizer-BioNTech akhirnya tercapai. Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer di Hospital Islam Az-Zahra, Bangi pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ifa Raziah tetap nak Pfizer! Sanggup keluar duit poket sendiri beli vaksin - “Doktor PPV sahkan saya tidak sesuai ambil Sinovac” Sempena Hari Arafah, aktres berusia 46 tahun ini berkata dia juga sudah ingin memohon maaf jika apa yang berlaku sebelum ini menggores hati banyak pihak. Kalau dah rezeki tertulis, buatlah macam mana sekalipun tetap akan dapat juga. IFA RAZIAH PELAKON "Untuk sesiapa yang ada berkecil hati atau terkilan pada saya, dengan rasa rendah diri saya mohon maaf. Maafkan saya sebelum berakhirnya Hari Arafah. "Sesungguhnya saya maafkan semua yang mengenali saya," kata Ifa yang menghantar pesanan ringkas itu kepada mStar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pada 10 Julai lalu, Ifa berdepan kecaman selepas bertindak membatalkan temujanji suntikan vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Bagaimanapun menjawab mengenai tuduhan sengaja berlagak 'diva' kerana memilih vaksin, Ifa berkata dia terlebih dahulu mendapatkan konsultasi daripada pegawai perubatan yang bertugas di PPV berkenaan. Ifa turut berkongsi video dia menerima suntikan vaksin itu. Menerusi laporan mStar pada 13 Julai lalu, Ifa berkata dia berdepan masalah kesihatan kerana mempunyai alergi atau alahan pada ubat tertentu hingga dia terpaksa menolak vaksin jenis Sinovac yang ditawarkan kepadanya. Dalam pada itu, Ifa berharap semua netizen dan selebriti yang melemparkan kata-kata hinaan kepadanya untuk menerima hakikat bahawa vaksin yang diterima itu merupakan rezekinya. "Warga netizen dan selebriti yang tak habis-habis mencaci hina saya fasal isu vaksin sejak minggu lalu, ini untuk anda! Kalau dah rezeki tertulis, buatlah macam mana sekalipun tetap akan dapat juga. "Tak payahlah nak dengki, iri hati, busuk hati, busuk perut dengan rezeki orang lain. Buanglah perasaan jijik tu dalam diri masing-masing. Saya tak pernah pun nak kacau kehidupan anda yang sedih itu," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!