TIADA apa yang lebih menggembirakan bagi pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila suami tercinta pulang kepangkuan keluarga selepas seminggu bertarung menentang Covid-19 di hospital. Lebih bermakna apabila suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman dibenarkan pulang ke rumah pada pagi Hari Raya Aidiladha. "Alhamdululillah, hari ini suami sudah pulang ke pangkuan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: “Sayang... tolong jangan tinggalkan saya” - Rebecca panik suami sesak nafas di rumah, katil hospital swasta dah penuh "Dia nak bersama kami sekeluarga raya Aidiladha ni," katanya kepada mStar pada Selasa. Pada 14 Julai lalu mStar melaporkan tentang situasi kesihatan Nor Azam yang semakin kritikal iaitu berada pada tahap empat. Rebbeca bersyukur suami beransur sihat. Dia terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah sesak nafas. Bercerita lanjut tentang perkembangan kesihatan suami, Rebecca berkata dia bersyukur apabila keadaannya semakin pulih. "Masih dalam pemantauan dan sangat-sangat fragile. Dah beransur sihat... cuma cepat penat, tak boleh banyak cakap dan tak diizinkan buat apa-apa dulu. REBECCA NUR AL-ISLAM PELAKON "Dah beransur sihat... cuma cepat penat, tak boleh banyak cakap dan tak diizinkan buat apa-apa dulu. Doktor cakap harus berehat tenang," katanya lagi. Sementara itu menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca turut melahirkan rasa terharu dan terima kasih atas doa untuk kesejahteraan keluarganya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Terima kasih buat semua keluarga, teman-teman, kenalan dan juga semua followers mummy yang tidak putus berdoa untuk suami serta kami sekeluarga. "Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala doa anda buat kami sekeluarga. Rebecca bersama suami dan anak-anaknya. "Terima kasih buat anda yang menghantar segala macam makanan, ubat, bunga dan hadiah di depan rumah kami," tulisnya lagi. Menerusi laporan mStar sebelum ini, Rebecca mengesahkan dia dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif Covid-19 pada 8 Julai lalu. Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!