suria

Semakin langsing... Siti Nurhaliza sasar turunkan berat badan lagi 10 kg lepas lahirkan anak kedua

Berat badan Siti Nurhaliza cecah 90 kg ketika hamil anak kedua.

SELEPAS melahirkan anak kedua, penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata dia kini berazam untuk menurunkan lagi 10 kilogram (kg) berat badannya.

Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 42, berkata, dia sebelum ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram selepas melahirkan anak lelakinya Muhammad Afwa pada 19 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza akhirnya dedah wajah anak kedua, pilih nama Muhammad Afwa

"Masa sebelum bersalinkan Afwa berat badan saya sudah mencecah 92 kg dan Alhamdulillah saya dah dapat turunkan 20 kg selepas itu.

"Saya sekarang sasarkan untuk turunkan lagi 10 kg agar dapat berat ideal 60 kg.

siti2

Siti mengendong Afwa ketika majlis tahnik anaknya pada April lalu.

"Ada sesetengah wanita dia memang mudah nak turun berat badan bila lepas bersalin namun ia berlainan buat saya yang agak susah nak turun," katanya kepada mStar.

Siti berkata demikian ketika menjayakan sesi sidang media virtual BeauRaya pada petang Sabtu.

Masa sebelum bersalinkan Afwa berat badan saya sudah mencecah 92 kg dan Alhamdulillah saya dah dapat turunkan 20 kg selepas itu.

SITI NURHALIZA

PENYANYI

Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini turut mengakui sejak kelahiran Afwa, tumpuannya kini lebih terarah kepada cahaya mata keduanya itu.

"Dulu-dulu memang manjakan dan utamakan Aafiyah... tapi sekarang lebih banyak masa memang saya fokuskan pada Afwa.

siti1

Keluarga bahagia Siti Nurhaliza.

"Aafiyah pun okay sahaja dan dia sangat sayangkan adik dia, setiap kali bangun pagi mesti akan cari dan cium adik dia dulu.

"Saya cukup bersyukur dengan kehadiran dua cahaya mata ini yang melengkapkan lagi hidup saya, syukur Alhamdulilah," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Siti mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 62, pada 21 Ogos 2006.

Setelah 12 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini sudah berusia tiga tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain