suria

Ibu Syamel jatuh sakit, ditidurkan dalam ICU - “Sudah seminggu guna alat bantuan pernafasan“

Syamel mengharapkan ibunya kembali cepat sembuh. (Foto: Sweetpictures)

PERASAAN sayu dan sedih menyelubungi penyanyi Syamel apabila ibunya, Wan Faaizah Karim, 55, terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, ibunya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa bulan beroperasi, Ernie, Syamel terpaksa jual kedai makan Se-Table - “Bukan sebab terkesan dengan PKP tapi...”

"Harap peminat dapat doakan kesihatan ibu saya agar dia cepat sembuh. Sudah tiga minggu dia sudah dimasukkan ke hospital dan ibu terpaksa ditidurkan oleh doktor sejak seminggu lalu.

"Memang sekarang ibu bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan. Kami pun tak tahu apa punca ibu boleh jatuh sakit sampai paras oksigen dia boleh menurun begitu sekali.

syamel

Perkongsian Syamel di Instagram.

“Ini kali pertama ibu masuk wad sepanjang hidupnya kerana masalah kesihatan. Dia tak menghidap sebarang penyakit serius lain," katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, Syamel berkongsikan luahannya di InstaStory memohon doa daripada orang ramai untuk ibunda tercinta.

Kami pun tak tahu apa punca ibu boleh jatuh sakit sampai paras oksigen dia boleh menurun begitu sekali.

SYAMEL

PENYANYI

"Minta jasa baik anda yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak, untuk terus mendoakan yang baik-baik untuk ibu saya yang masih berada dalam ICU.

"Semoga Allah perkenankan doa-doa kita buat syurgaku yang tercinta," katanya.

syamel2

Syamel tidak dapat melawat ibu kerana terikat dengan SOP ketat hospital.

Syamel berkata sehingga kini dia tidak dapat melawat ibunya berikutan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) hospital.

"Pihak hospital memang tidak benarkan ahli keluarga melawat lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 sekarang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Doktor nasihatkan ibu terpaksa ditidurkan sebab orang dah berusia memang apabila dia bergerak sedikit pun dah banyak pakai oksigen.

"Doktor cakap kalau dia dah boleh bernafas sendiri dalam 40 peratus pun dah okay dah... harap semua dapat doakan ibu saya kembali sihat seperti sedia kala," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain