suria

[VIDEO] Terkilan difitnah... Siti Nordiana tetap sayang persahabatan dengan Syura dan Lan Solo - “Kami lalui susah senang bersama”

Siti Nordiana terkilan rakan-rakan sanggup memfitnahnya.

KESAL dengan tindakan rakan-rakan yang bercakap perkara tidak baik mengenai dirinya, penyanyi Siti Nordiana berkata, dia masih menghargai dan menyayangi persahabatan yang dibina hampir 20 tahun dengan Syura Badron dan Lan Solo.

Namun, menurut Siti Nordiana, 37, hatinya cuma terluka apabila rakan-rakannya itu sanggup membawa perkara itu secara terbuka di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Nordiana enggan diam diri, lapor polis difitnah Lan Solo dan Syura Badron - “Dah tak boleh sabar, lama dah dengar ura-ura ini”

"Sudah tentu saya sayang sebab mereka juga kawan-kawan yang baik dengan saya, malah kami pernah lalui susah senang bersama.

"Cuma saya agak terkilan dengan perkara ini sahaja... kenapa harus (dibawa) ke media sosial?

"Kalau ada benda mereka tidak puas hati dengan saya, mereka boleh berhubung dengan saya secara profesional, boleh call atau video call... saya rasa ralat kenapa perlu di media sosial," katanya kepada mStar.

nana1

Siti Nordiana akan hantar notis tuntutan permohonan maaf pada Isnin ini.

Siti Nordiana berkata demikian dalam sesi sidang media secara virtual yang berlangsung pada Jumaat.

Dalam sidang media yang sama, Siti Nordiana turut menuntut Syura, Lan dan isteri, Sheila Hashim serta dua individu lain iaitu jurusolek Aida G dan Pengurus Perhubungan Awam (PR) FMC Music, Sam Samin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam.

Peguam mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin dari Abang Azlan & Associates berkata notis tuntutan itu akan dihantar kepada kelima-lima individu terbabit pada hari Isnin ini (26 Julai).

Sudah tentu saya sayang sebab mereka juga kawan-kawan yang baik dengan saya, malah kami pernah lalui susah senang bersama.

SITI NORDIANA

PENYANYI

Menceritakan lebih lanjut, Siti Nordiana berkata dia menyedari rakan-rakannya itu sudah tidak lagi mengikuti (unfollow) akaun Instagramnya namun menyangkakan perkara itu sebagai tidak sengaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya perasan mereka unfollow IG saya tapi saya anggap benda itu perkara biasa mungkin anak mereka tertekan ke atau tak sengaja ter-unfollow... itukan normal jadi macam itu.

"Waktu itu pula saya kebetulan tengah busy dengan kerja, jadi saya tak berapa beri tumpuan pada perkara tersebut sebab ada benda penting lagi saya nak buat ketika itu.

lan

Ketiga-tiga penyanyi ini sama-sama mencipta nama pada era lewat 90-an.

"Apa-apa pun kalau boleh kita bawa berbincang jika ada ketidakpuashatian, jangan share kepada public perkara yang tidak sepatutnya untuk dikongsikan," ujarnya lagi.

Menerusi Instagram live yang berlangsung pada malam Selasa lalu, Lan dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku di antara mereka dengan Siti Nordiana.

Dalam sesi tersebut, isteri Lan, Sheila berkata dia terkilan dengan Siti Nordiana kerana suaminya dikatakan menumpang populariti penyanyi tersebut sehingga sesetengah pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepada mereka.

Sementara itu, Syura pula mendakwa ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya angkara bawaan mulut rakan baiknya iaitu Siti Nordiana.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain