SELEPAS Fizie dan Mark Adam ditamatkan kontrak di Hot FM, seorang lagi penyampai radio berkenaan iaitu Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian turut meninggalkan stesen tersebut. Deen, 33, berkata, dia menerima notis tujuh hari penamatan kontrak yang berakhir pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Bye Hot FM! Mark Adam dan Fizie ditamatkan kontrak - “Tak tahu macam mana rasanya bangun tidur pagi esok” “Saya menerima notis tujuh hari penamatan kontrak dan 23 Julai merupakan hari terakhir saya sebagai penyampai. “Saya amat bersyukur dikurniakan rezeki selama 10 tahun bersama Hot FM dan kini sudah tiba masanya Hot FM membuat pertukaran barisan penyampai,” ujarnya. Deen mengendalikan program Jam hot bersama Haziq dan Fad Bochey. Dalam pada itu, Deen berkata, dia menerima keputusan itu secara profesional dan berterima kasih kepada semua yang banyak memberi kerjasama sepanjang menjalankan kerjaya sebagai penyampai. Sementara itu Deen berkata, dia mungkin akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pengurusan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sebelum ini tertangguh akibat kesibukan kerja. “Saya mungkin akan daftar semula study yang tertangguh dari tahun lepas sebab jadual kelas bertembung dengan tugas. Secara jujur minat saya dalam bidang ini masih ada. NORDIN MADIAN PENYAMPAI RADIO “Oktober ini pendaftaran semester baharu, jadi doakan ya,” ujarnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Selain itu, Deen berkata, dia masih berminat dan mencari peluang untuk berkhidmat dalam bidang penyiaran radio walaupun bukan sebagai penyampai. “Secara jujur minat saya dalam bidang ini masih ada. Jadi kalau ada peluang lagi untuk bekerja dalam dunia radio sama ada sebagai penyampai atau lain, InsyaAllah saya akan cuba,” ujarnya. Deen mengendalikan program Jam Hot setiap pukul 4 petang sehingga 8 malam bersama Haziq dan Fad Bocey. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!