suria

Mahu berubah jadi baik... Scha Elinnea padam foto seksi di laman sosial - “Saya buat bukan sebab kekasih atau nak kahwin”

Scha mengambil keputusan padam gambar-gambar seksi.

SERING menerima komen negatif di laman Instagram, pelakon Scha Elinnea membuat keputusan untuk memadam semua foto-foto seksi yang dimuat naik.

Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, 22, menganggap teguran yang diterima telah membuka hatinya untuk menjadi wanita lebih baik.

"Sebenarnya kita manusia... biasa buat salah so kita boleh berubah jadi seorang yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh guna ‘duit haram’ beli kereta mewah, Scha Elinnea nafi dibela ‘sugar daddy’ - “Ramai tak tahu saya bekerja sejak umur 15 tahun”

"Bila orang judge kita, ramai yang di Intagram marah-marah saya seksi. Saya hanya cakap doakan yang baik-baik.

"Sekarang saya dah padam banyak gambar-gambar di Instagram dan terima kecaman netizen sebagai teguran.

alinnea

Scha anggap kecaman dan teguran negatif sebagai satu nasihat.

Scha ditemui pada sidang media drama bersiri SiTik Tok yang diadakan secara maya pada Khamis.

Menurut Scha, dia kini memandang semua komen-komen kacaman itu dari sudut yang positif.

Saya fikir tak boleh ni macam ni terus kena la menerima teguran orang.

SCHA ELINNEA

PELAKON

"Bila cakap delete gambar saya cuba untuk jadi yang lagi baik hari demi hari dan perlahan-lahan.

"Kita menerima teguran daripada orang dan bila dah ramai orang tegur ia buat saya terbuka hati untuk delete gambar-gambar seksi tu," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya lagi, perubahan yang dilakukanya bukan disebabkan paksaan atau permintaan daripada mana-mana individu sebaliknya ikhlas dari hati.

Situasi pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini banyak membuatkannya berfikir mengenai kesan daripada setiap tindakan.

220252934_2914000925480222_1121640181425727943_n
Selain Scha, drama tersebut turut dibintangi Nadia Aqilah dan Niezam Zaidi.

"Saya fikir tak boleh ni macam ni... kena la menerima teguran orang. Saya tak padam atau block orang yang komen, orang tegur untuk kebaikan dan nasihat.

"Saya berubah bukan untuk siapa-siapa. Bukan sebab nak kahwin atau sebab pasangan ke tambahan saya tak ada kekasih hati lagi," ujarnya.

Drama berisi SiTik Tok yang akan mula bersiaran di TV3 pada setiap malam Khamis.

Selain Scha, drama tersebut turut dibintangi Nadia Aqilah dan Niezam Zaidi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain