suria

Bakal kahwin dalam masa terdekat? Syafiq Kyle minta doa peminat - “Nak bual lebih tak berani, takut termakan apa saya cakap”

Syafiq mengharapkan semua orang mendoakan hubungannya dengan Mimi.

MELALUI fasa 'turun naik' dalam percintaan sejak enam tahun lalu, pelakon Syafiq Kyle mengakui dia dan aktres Mimi Lana kini dalam proses membawa hubungan cinta mereka ke peringkat yang lebih baik.

Biarpun tidak menyatakan hasrat untuk berkahwin dalam masa terdekat, namun Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang isu kemurungan meningkat, Syafiq Kyle utamakan kesihatan mental - “Dekatkan diri kepada Allah, jangan banyak mengeluh”

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang tersalah cakap atau termakan kata-katanya sendiri.

Syafiq 1

Syafiq dan Mimi menuju ke arah yang lebih baik.

"Sebenarnya semua orang dah tahu (hubungan dengan Mimi). Saya dengan Mimi baik-baik sahaja... Insya-Allah kami menuju ke perkara yang baik dan positif juga.

"Apa yang saya harapkan doa daripada semua orang selain saya juga sentiasa berdoa. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak berani, sebab takut tersalah cakap atau termakan apa yang saya cakap.

"Benda ini pun melibatkan soal jodoh... tapi saya menghargai apa yang ada dan yang lain, saya serahkan kepada Allah serta semua orang agar doa yang baik-baik untuk kami," katanya kepada mStar.

Tapi kalau saya tak selesa, paksa macam mana pun... saya tak akan share.

SYAFIQ KYLE

PELAKON

Sebelum ini, hubungan cinta pasangan itu pernah dikatakan putus pada Mei tahun lalu selepas lima tahun melayari bahtera cinta.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Biarpun tidak menyatakan secara rasmi kembali berpacaran, namun menerusi beberapa perkongsian Mimi di laman Instagram beberapa bulan lalu bagaikan mengesahkan cinta bertaut semula.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini memberitahu dia hanya akan berbicara mengenai kisah peribadi sekiranya berasa selesa untuk berkongsikan perkara itu.

Syafiq 2

Syafiq hanya berkongsi kisah peribadi mengikut keselesaannya.

"Saya akan kongsi tapi tidak la sepenuhnya... mungkin ada orang suka kongsikan semuanya dan ada orang lebih selesa hanya kongsi 10 peratus sahaja kepada umum.

"Tapi saya fikirkan keselesaan saya sendiri... kalau saya selesa untuk kongsi tentang peribadi, saya akan kongsi. Tapi kalau saya tak selesa, paksa macam mana pun... saya tak akan share," ujarnya.

Untuk perkembangan terbaharu, Syafiq kini tampil dengan drama berjudul Suara Hati yang ditayangkan di Astro Prima pada pukul 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain Syafiq, drama yang mempunyai 13 episod sahaja itu turut dibintangi oleh Hanna Aqeela dan Aidil Aziz.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain