suria

Fendy Bakry cadang Ebit Lew dan Nadir Al Nuri sama-sama tunjuk bukti perbelanjaan NGO

Fendy berharap pihak Nadir dan Ebit tunjukkan bukti dakwaan terhadap masing-masing.

BUKAN sahaja Nadir Al Nuri wajar mengemukakan bukti tentang status kewangan NGO yang diterajuinya, personaliti dakwah Ebit Lew juga harus berbuat demikian.

Saranan itu muncul daripada pelakon Fendy Bakry yang mahu orang ramai berfikiran rasional serta adil dalam memberi ruang kepada kedua-dua tokoh berkenaan untuk membersihkan nama masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Caprice kongsi video penuh, tak nampak elemen tepis... tolak tangan Ebit Lew

"Sekarang kita tunggu penjelasan daripada Nadir juga beserta bukti. Tapi kalau Nadir saja tunjuk bukti pun tak boleh juga sebab akan berpanjangan lagi ceritanya.

Fendy 1

Fendy meninggalkan komen tersebut di Instagram mStar.

"Jadi elok sama-sama wujudkan bukti sebab Nadir (urusakan) Cinta Gaza Malaysia dan Ebit pula Pertubuhan Kasih Umat Malaysia,” katanya.

Fendy atau Mohd Affandi Nor Bakri, 32, memberikan pendapatnya itu menerusi ruangan komen pada salah satu posting berita membabitkan Ebit dan Caprice di Instagram mStar.

Isu mengenai bukti pengurusan kewangan itu timbul selepas Ebit mempersoalkan ke mana wang sumbangan berjumlah RM20 juta yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Penerangan dan penjelasan daripada Ebit Lew dah pun dibuat.

FENDY BAKRY

PELAKON

Sementara itu tambah Fendy, dia berharap netizen tidak terus bertelagah dalam isu membabitkan Ebit dan Nadir sebaliknya cuba melihat daripada sudut yang lebih positif.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Apa-apa pun kebaikan kita ikut, bukan dengan idolakan seseorang sehingga dia langsung tidak boleh ada kesalahan. Penerangan dan penjelasan daripada Ebit Lew dah pun dibuat.

"Rasanya eloklah kita sebagai netizen hanya memandang perkara ni daripada sudut yang baik saja tanpa bertelagah," katanya.

Selain itu Fendy turut mengajak orang ramai mendoakan agar segala kemelut antara mereka dapat diselesaikan dengan baik.

"Kita hanya tunggu dan lihat sambil berdoa moga segala perbalahan dan kesefahaman akan terjalin," katanya.

Pada Khamis Ebit Ebit meminta Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu mengemukakan perbelanjaan wang sumbangan RM20 juta diberikan rakyat kepada penduduk Gaza kerana membabitkan jumlah sangat besar dan menimbulkan persoalan umum.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain