suria

Perit dengar cerita Elyana buat rawatan radioterapi hati dan pinggul - “Sakit... tapi saya kena kuat”

Sepuluh tahun berjuang melawan kanser limfoma, penyanyi Elyana sentiasa positif.

SEPULUH tahun berjuang melawan kanser limfoma, penyanyi Elyana sentiasa positif berkongsi perkembangan rawatan yang sedang dijalaninya kepada peminat.

Kelihatan tabah menjalani kehidupan, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal, 34, bagaimanapun berkata, keceriaan yang ditunjukkan di hadapan kamera tidak menggambarkan keadaan hatinya yang sebenar.

Namun Elyana berkata, dia memilih untuk melindungi rasa yang dialami demi mengelakkan kesihatannya dan emosinya terjejas jika bersedih.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak bosan ke lapan tahun duduk dalam badan saya?” - Elyana

"Ya radioterapi ni memang sakit tapi saya kena kuat dan positif. Takkan saya nak menangis, saya kena kuat dan sebarkan positive vibes.

"Takkan nak berkongsi cerita saya dalam keadaan sedih... nanti saya pula akan sedih so saya kena ceria.

elauna
Sepuluh tahun melawan kanser limfona Elyana tetap kuat dan positif.

"Fake it until make it walaupun kita kena jadi plastik pada awalnya lama-lama akan sebati dalam diri,” ujarnya kepada mStar.

Elyana memulakan rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul sebanyak lima kali di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Takkan saya nak menangis, saya kena kuat dan sebarkan positive vibes.

ELYANA

PENYANYI

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini juga meminta semua peminat untuk terus mendoakan yang terbaik dan diberi kekuatan untuk terus melawan penyakitnya itu.

"Sekarang saya dekat hospital baru habis menjalani rawatan radioterapi pertama, ada lima hari lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Radioterapi ni tak sama macam kemoterapi... tapi radioterapi ni sakit sikit la.

el

Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin dan dikurniakan seorang anak perempuan dan seorang anak angkat.

"Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sentiasa mendoakan keadaan kesihatan saya untuk cepat pulih,” ujarnya.

Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu dan membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu pada 2017.

Dia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Elyana, kanser limfona, radioterapi

Artikel Lain