suria

Rosyam Nor tak pernah ‘blacklist’ pelakon ada masalah ‘attitude’ - “Kadang-kadang jadi artis kita rasa diri besar”

Rosyam Nor tidak pernah 'banned' mana-mana pelakon daripada membintangi drama terbitan syarikatnya.

PERNAH melalui pengalaman kurang menyenangkan dengan seorang aktres terkenal, pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor tidak pernah sesekali senarai hitam mana-mana pelakon daripada terlibat dengan syarikat produksinya.

Enggan mendedahkan identiti pelakon tersebut, Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin, 54, berkata, dia tidak suka menutup periuk nasi mana-mana individu sebaliknya percaya semua yang pernah berlaku sebelum ini ada hikmah tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor turun padang edar bantuan RM50,000 menerusi kempen 'Derma Dengan Ikhlas'

"Sepanjang 38 tahun saya dalam industri, saya pernah ada pengalaman (kurang enak) dengan seorang pelakon wanita ini.

"Kadang-kadang kita rasa jadi artis ini, kita rasa diri kita besar. Dia datang ke pejabat saya sebab kita nak offer drama tapi dia kata cerita itu tidak kena dengan dia, bercakap dengan gaya poyo dia.

"Saya pun cuba yakinkan dia tapi bila cara dia berkomunikasi dengan orang yang lebih senior macam itu... buat saya tak jadi ambil dia.

"Bila drama yang sepatutnya dia jadi heroin itu meletup, dia tiba-tiba datang say hello pada saya ketika jumpa di event dan tiada dah sikap poyo macam dia tunjukkan sebelum ini," katanya kepada mStar.

rosyam1

Rosyam Nor sudah 38 tahun mengabdikan diri sebagai anak seni.

Rosyam berkongsi cerita tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media virtual drama terbitan syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd, Cik Ayu Mee Sanggul yang diadakan pada Rabu.

Walaupun pernah diperlakukan sebegitu, namun Rosyam mengambil sikap berlapang dada kerana enggan menyekat rezeki mana-mana pihak.

Dia datang ke pejabat saya sebab kita nak offer drama tapi dia kata cerita itu tidak kena dengan dia, bercakap dengan gaya poyo dia.

DATUK ROSYAM NOR

PELAKON, PENERBIT

"Bagi saya setiap orang melakukan kesilapan... kenapa saya nak banned orang itu sebab mana tahu nanti saya mungkin perlukan khidmat dia.

"Buat masa sekarang memang dia tidak pernah berlakon lagi di bawah syarikat penerbitan saya.

"Cuma saya hanya nak ingatkan kepada rakan-rakan artis lain kalau kita rasa kita hebat, itu semua ujian daripada Allah," ujarnya lagi.

Still photo 9

Cik Ayu Mee Sanggul tampil gandingan Aqasha dan Amelia Henderson.

Sementara itu, ditanya mengenai pembabitannya sebagai cameo dalam Cik Ayu Mee Sanggul, Rosyam berkata, dia sekarang ingin membuat penampilan khas sahaja dalam mana-mana drama terbitan syarikatnya.

"Sekarang saya nak tampil eksklusif dengan buat cameo sahaja dalam drama terbitan saya. Macam dalam Cik Ayu Mee Sanggul ini pun tak sampai 10 babak pun saya berlakon.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sekarang saya kena pilih watak sebab ada selalu tiada masa sebab sibuk uruskan kebun dan pasar raya yang diusahakan," katanya.

Cik Ayu Mee Sanggul menampilkan lakonan Aqasha, Amelia Henderson, Cat Farish, Shiqin Kamal, Nabil Aqil, Dynas Mokhtar dan Aznah Hamid.

Drama arahan Idora Abdul Rahman ini ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain