suria

Empat hari tak sedap badan, Ashira GV7 positif Covid-19 - “Sakit dada... demam dan batuk semua cukup!”

Ashira alami sesak nafas dan disahkan positif selepas menjalani ujian swab test.

SELEPAS empat hari berasa tidak sedap badan dan mengalami demam, penyanyi dan bekas peserta Gegar Vaganza 7 (GV7), Ashira memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifa Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36, berkata, dia baru sahaja dimaklumkan tentang perkara itu petang Rabu selepas melakukan Kit Ujian Pantas (RTK) di Klinik Oasis Ara Damansara.

"Baru tadi ke klinik check. Saya tak sihat dah empat hari dan disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh cinta pandang pertama di GV7, Bad Indigo, Ashira nikah Mac ini - “Sikap kelakar dan penyayang buat saya terpaut hati”

"Shira sekarang tunggu KKM call. Memang rasa sesak nafas sebab hidung blocking. Sakit dada demam batuk semua cukup, tadi kena pula cirit-birit," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Ashira berkata, dia tidak mengetahui punca jangkitan tersebut berikutan hanya berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

shiraaa

Perkongsian Ashira di Instagram miliknya.

Kata Ashira, suaminya Badrul Izhan Yeop Abdullah ini juga sudah menjalani ujian calitan namun masih menunggu keputusan.

"Memang tak sangka positif sebab tak ke mana. Dalam rumah ni yang keluar masuk pun Bad je sebab dia selang sehari kena ke klinik tapi dia tak sakit.

Memang rasa sesak nafas sebab hidung blocking.

ASHIRA AZIZ

PENYANYI

"Result swab test Bad esok baru dapat sebab dia kena buat PCR, dia berisiko tinggi dan orang yang paling dekat dengan Shira.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Anak dengan anak buah doktor cakap tunggu dua hari baru bawa mereka swab test sebab Shira baru empat hari tak sihat,” ujarnya.

pic

Ashira berkahwin dengan Bad Indigo pada 11 Mac 2021.

Ashira Aziz dan ahli kumpulan Indigo Bad berkahwin pada 11 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ashira memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi,15, hasil perkahwinan terdahulu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain