suria

Alhamdulillah... Fendy Caliph Buskers dapat rumah PPR - “Katanya nak bagi surat tawaran hari ni juga”

Fendy lega impian untuk memiliki rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hampir menjadi kenyataan.

SELEPAS kira-kira sebulan resah menantikan jawapan, pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun akhirnya mampu menarik nafas lega apabila impian untuk memiliki sebuah rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hampir menjadi kenyataan.

Menurut Fendy, 30, dia baharu sahaja dihubungi wakil Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang berjanji untuk memberikan surat tawaran kepadanya pada petang Khamis.

"Saya baru dapat call daripada wakil kementerian... katanya nak bagi surat tawaran hari ni juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy Caliph Buskers ada harapan dapat rumah PPR, DBKL minta dokumen sokongan - “Sangat terbeban saya nak bayar sewa RM1,300”

"Saya dimaklumkan kira-kira dalam masa seminggu akan dapat rumah sebab surat tawaran dah dapat.

"Tapi kena tunggu dulu la... tunggu betul-betul dapat surat," katanya kepada mStar pada pagi Khamis.

fendy 2

Terdahulu, Datuk Seri Riena Harun hulurkan bantuan di kediamannya.

Pada 9 Julai lalu Fendy merayu bantuan untuk mendapatkan rumah mampu milik DBKP kerana berdepan masalah kewangan yang serius.

Susulan rayuannya itu, dia dikunjungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun serta wakil KWP.

Pada masa ini Fendy menyewa di sebuah kondomonium di Sentul, Kuala Lumpur.

Kalau masih tak ada lagi rumah tu... bulan ni adalah bulan terakhir saya di sini

FENDY ADLUN

PEMAIN DRAM CALIPH BUSKERS

Sementara itu Fendy yang tinggal bersama anaknya Nur Azalea Zafirah, 6, berkata dia sudah hampir putus harapan untuk terus tinggal di Kuala Lumpur jika permohonannya itu tidak berjaya.

"Alhamdulillah wang simpanan masih ada tapi kalau saya terus duduk di sini, kos akan makin tinggi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau dapat rumah DBKL ia akan mengurangkan beban, buat masa ni memang tak ada simpanan baru sebab tak ada kerja.

denh

Fendy tinggal bersama anaknya Nur Azalea Zafirah

"Kalau masih tak ada lagi rumah tu... bulan ni adalah bulan terakhir saya di sini," katanya.

Walaupun begitu, dia tetap bersyukur kerana masih ada pihak yang terus menyalurkan bantuan makanan untuknya.

"Bantuan makanan banyak sangat... Alhamdulillah, saya masak je la apa yang ada asalkan boleh makan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Fendy, Caliph Buskers, Rumah DBKL

Artikel Lain