suria

Azwan Ali minta artis berfikiran terbuka, tak mudah melenting apabila ditegur - “Check dulu ayat tu untuk kau atau netizen”

Azwan Ali mencetuskan kemarahan ramai selepas dia berkongsi foto seorang selebriti wanita dengan kapsyen yang dianggap keterlaluan

KATA-KATA pedas pengacara sensasi Azwan Ali yang ada kalanya berbaur caci maki lucah terus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.

Terbaharu Azwan, 55, atau lebih dikenali sebagai Diva AA mencetuskan kemarahan ramai selepas dia berkongsi foto seorang selebriti wanita dengan kapsyen yang dianggap keterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat kritik Neelofa ikut ‘sedap mulut’, Instagram Azwan Ali digodam - “Merangkaklah kau minta maaf dengan Diva AA nanti!”

Bagaimanapun Azwan berharap golongan artis tidak mudah melenting selain memahami maksud sebenar jika nama atau foto mereka digunakan dalam perkongsiannya di media sosial.

"Diva AA nak ingatkan semua artis yang ditegur di Twitter dan semua media sosial... sila terbuka otak kau.

KUALA LUMPUR 18 DIS 2020- Sesi Fotografi Azwan Ali di studio Media Mulia. GAMBAR: SHAHRIL AZMAN/ PEMBERITA: HAIKAL (KOSMO)

Azwan Ali minta artis yang ditegur untuk berfikiran terbuka.

"Aku punya (sasaran) ada dua, satu untuk engkau satu untuk netizen, jadi kau check dulu ayat tu untuk kau atau netizen.

"Kau tak boleh terima orang tegur, teguran saya di Twitter untuk netizen bukan untuk kau," katanya kepada mStar.

Tambah Azwan susulan perselisihan faham dengan selebriti yang enggan dinamakan itu, dia mula memadam semua foto yang pernah dikongsikan di platform media sosialnya sebelum ini.

Diva AA nak ingatkan semua artis yang ditegur di Twitter dan semua media sosial... sila terbuka otak kau

DIVA AA

PENGACARA/PELAKON

"Kau ingat kau ada berjuta followers, kau hebat sangat? Saya dah delete semua gambar dia dengan family dia dalam Instagram!

"Saya juga dah call pihak production untuk tidak senaraikan artis ni sebagai artis jemputan dalam program yang saya kendalikan.

"Mesej saya dalam tahun 2021 ini jelas... saya tak boleh tolerate dengan orang macam ni," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain