MENDENGAR perkhabaran anak perempuan kesayangan terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya cukup membuatkan Raissuddin Hamzah kelu dan hilang kata-kata. Bagaimanapun menurut Raissuddin yang juga penyanyi era 80-an, dia reda dengan pemergian Siti Sarah sungguhpun masih belum bersedia dengan kehilangan itu. "Malam tu (awal pagi Isnin) Shuib datang jumpa saya, dengan senyum dia kata... abah orang nak pegi hospital. ARTIKEL BERKAITAN: Abang Siti Sarah pula positif Covid-19, tahap oksigen rendah... Shuib fobia selepas kehilangan isteri "Dia melutut depan saya dan dia kata... Siti dah tak ada, abah. "Saya rasa dunia ni macam sangat sepi," katanya sambil menahan sebak. Gambar kenangan Shuib bersama arwah isterinya, Siti Sarah. Raissuddin mengimbau kembali saat itu pada majlis bacaan tahlil dan doa selamat buat Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya pada malam Selasa. Dalam pada itu, Raissuddin, 65, turut berkongsi keperibadian Siti Sarah yang disifatkan sebagai seorang yang taat dan manja. "Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah serta melawan cakap saya. Saat Shuib datang dan melutut di hadapan saya sambil memberitahu Sarah sudah tiada... saya tidak tahu nak berkata apa. RAISUDDIN HAMZAH BAPA SITI SARAH "Arwah juga seorang yang manja dengan saya....banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sehari sebelum dia pergi ke hospital, kami saling berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa," ujarnya. Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19. Raissuddin cukup akrab dengan menantunya, Shuib. Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu. Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang. Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin. Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI