GEMBIRA adik kesayangan Elisya Sandha sudah bergelar isteri, aktes Fasha Sandha tidak melepaskan peluang menitipkan pesanan dan tip untuk bahagia dalam rumah tangga. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, berharap pasangan itu akan sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain. ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha terima hantaran RM22,222.22 - “Sepatutnya nikah Februari depan, cepatkan sebab kes Covid-19 meningkat” "Saya berulang kali berpesan kepada Elisya dari mereka bertunang sehingga sekarang. Pesanan saya agar mereka sentiasa menerima kekurangan satu sama lain. Fasha berharap pasangan ini akan sentiasa menerima kekurangan satu sama lain. "Paling penting, terima kekurangan dahulu sebelum kelebihan masing-masing. Sebab setiap pasangan kena saling melengkapi. "Tiada manusia yang sempurna tetapi yang penting, masing-masing dapat memberi kebahagian antara satu sama lain," katanya kepada mStar. Elisya selamat bernikah dengan anak kepada pengarah terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, pada Sabtu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID). Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi. Saya yakin Uzair boleh memberikan kebahagian kepada Elisya. FASHA SANDHA PELAKON Aktres berusia 22 tahun itu turut menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima. Dalam pada itu, Fasha mengakui dia pada mulanya berasa terkejut apabila Elisya meluahkan hasrat untuk berkahwin di usia yang masih muda. Bagaimanapun pelakon drama Scammer ini menganggap jodoh pasangan itu kuat biarpun pernah beberapa berdepan dugaan. Foto Fasha bersama keluarganya. "Sejujurnya pada mulanya saya agak terkejut bila dapat tahu adik dah bersedia untuk berkahwin sebab saya sendiri berkahwin ketika berusia 28. "Manakala Elisya baru sahaja berusia 22 tahun. Tapi apa-apa pun, itu semua kerja Allah... kita merancang tapi Allah menentukan. "Jodoh mereka sampai awal... lama sangat bercinta walaupun 'on off' tapi jodoh mereka sangat kuat. Uzair pun seorang lelaki yang baik dan gentleman. "Saya yakin Uzair boleh memberikan kebahagian kepada Elisya. Bila memikirkan kebahagian adik, saya dan keluarga memberi restu sepenuhnya kepada mereka," ujar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!