suria

[VIDEO] Ibu positif Covid-19, Aisar Khaled takut kehilangan orang tersayang - “Saya menangis tak tahu apa akan berlaku”

Aisar susah hati apabila mengetahui ibunya positif Covid-19.

SEDIH bercampur bimbang, personaliti media sosial, Aisar Khaled memaklumkan ibunya, Roslina Abdul Rashid disahkan positif Covid-19 pada Khamis.

Menurut Aisar, 21, ibunya kurang sihat sejak dua hari lalu sehinggalah ujian calitan (swab test) yang dilakukan di sebuah klinik swasta mendapati dijangkiti virus berkenaan.

"Ibu mula demam dan tak sihat selepas menerima suntikan vaksin dos kedua minggu lepas... tapi semasa itu hanya demam on off sahaja. Dua hari lepas dia demam semula, jadi semalam saya bawa ibu buat swab test.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib tak dendam, maafkan Aisar Khaled buat ‘content’ ziarah kubur Siti Sarah - “Tiada guna sakit hati, kena ingat kematian hampir dengan kita”

"Barulah tahu ibu sudah dijangkiti Covid-19. Sebelum ini ibu tak keluar pergi mana-mana pun, hanya di rumah dan sesekali ke kedai berdekatan membeli barangan dapur.

"Tak tahu dari mana ibu dapat jangkitan ini. Alhamdulillah buat masa ini, ibu masih okay dan hanya mengalami simptom ringan," katanya kepada mStar.

aisar khaled 3

Aisar sebak melihat ibunya diambil menaiki ambulans.

Aisar turut berkongsi rakaman video ibunya yang berusia 61 tahun diambil menaiki ambulans untuk dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang, Selangor.

Dalam pada itu, Aisar mengakui terlalu sedih sehingga menitiskan air mata selepas mengetahui keputusan ujian saringan ibunya itu.

Pesan saya kepada yang ada ibu tu hargailah mereka, berbuat baiklah dengan keluarga!

AISAR KHALED

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Semalam saya balik rumah, malam itu kami sekeluarga sama-sama solat berjemaah... saya menangis kerana terlalu sedih kerana kita tak tahu apa akan berlaku.

"Saya takut! Saya tak pernah rasa kehilangan orang tercinta. Tapi saya reda mungkin ini ujian Allah bagi tanda sayang pada kita.

"Pesan saya kepada yang ada ibu tu hargailah mereka, berbuat baiklah dengan keluarga. Mungkin ujian ini akan buatkan saya lebih menghargai orang sekeliling," ujarnya.

aisar khaled 2

Aisar mohon orang ramai mendoakan ibunya.

Sementara itu, Aisar memberitahu dia dan ahli keluarga lain akan melakukan ujian calitan secepat mungkin dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Hari ini, saya, ayah dan abang akan pergi buat swab test di klinik berdekatan.

"Untuk keselamatan, kami akan kuarantin di rumah mengikut saranan kerajaan. Doakan semoga kami semua tidak dijangkiti virus berkenaan.

"Saya juga memohon orang ramai mendoakan agar ibu saya kuat dan segera pulih," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO AISAR KHALED INI!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan