BERLAKON dan sengaja tayang kemewahan... demikian antara persepsi netizen terhadap bekas pembantu peribadi usahawan Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli. Gerak-geri Iqbal semakin mendapat perhatian selepas membeli dua utas jam tangan dengan harga ratusan ribu ringgit sehingga mengundang kritikan netizen. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bekas PA Vida dedah hampir kahwin, dah siap buat ujian kesuburan... mampu bagi RM1 juta sebulan - “Saya tahu dia nak tapi tak yakin” Tidak berdiam diri, Iqbal tampil memberitahu tujuannya memuat naik video membeli jam mewah secara tunai bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya mahu mendidik orang ramai agar membuat pembelian tanpa hutang. "Saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naikkan video berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang content sebegini di media sosial. "Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan atas paksi riyak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul-betul berusaha walaupun di era pandemik, kejayaan itu pasti berhasil. "Saya juga nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elak berhutang," katanya kepada mStar. Iqbal ada perancangan berkahwin dengan Vida. Pada Ahad, Iqbal sekali lagi menjadi perhatian apabila tular di media sosial video dia membeli dua utas jam berharga mencecah RM550,000 secara tunai. Salah satu jam dibeli dengan harga RM400,000 manakala jam kedua, bernilai RM150,000. Lebih menarik perhatian premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam bagi memberi laluan kepada Iqbal membuat pilihan. Saya nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elak berhutang. AHMAD IQBAL USAHAWAN Dalam pada itu, Iqbal menyedari tindakannya memuat naik video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang menyifatkan dia tidak sensitif dengan keadaan masyarakat yang berdepan kesukaran. Bagaimanapun katanya, apa yang dilakukan itu mungkin akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berusaha bersungguh-sungguh jika mahukan sesuatu. Iqbal bukan sengaja tayang kemewahan. Selain itu anak ketiga daripada lapan beradik kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga mahu membuktikan kepada orang ramai usahanya menceburi bidang perniagaan bukan main-main. "Saya menerima kecaman bertalu-talu. Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. "Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai bergelut di era pandemik Covid-19 ini. "Apa yang ingin saya sampaikan, kalau kita serius, ada matlamat dan misi, semua ini takkan mustahil. Yang penting usaha dan kesungguhan itu pasti berbaloi dan dibuka jalan. Saya juga tak pernah main-main selama ini saat menceburi dunia perniagaan," katanya. Selain isu tayang kemewahan, nama Iqbal turut disebut-sebut selepas Vida yang juga bekas majikannya menafikan dia bakal berkahwin dengan pemuda berkenaan. Ujar Vida dia hanya mahu bersuamikan seseorang yang sama ‘level’ termasuklah memiliki pengalaman, usia dan sumber kewangan yang kukuh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN! View this post on Instagram A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)