GELAGAT penyampai radio Gegar FM, Issey Fazlisham menguruskan anak pertamanya mencuri perhatian netizen lebih-lebih lagi apabila tiba gilirannya untuk menukar lampin bayinya itu. Ujar Issey atau nama sebenar, Fazlisham Mat Hussin, 34, pengalaman mengurus anak pertamanya itu cukup mencabar hingga ada kalanya dia berdepan situasi panik. "Pengalaman ni lain sikit la, sebab saya baru pertama kali jaga baby. ARTIKEL BERKAITAN: Issey dapat anak merdeka! Isteri selamat lahir cahaya mata lelaki selepas 7 jam dalam bilik bersalin "Lepas tu pula nak kena basuh poop baby semua tu... nasib baik isteri tenang je. Tapi pengalaman ni best sebenarnya," katanya kepada mStar. Pada sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Selasa lalu, Issey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di sebuah pusat perubatan pada jam 1.48 petang. View this post on Instagram A post shared by issey (@isseyfazlisham) Bercerita lanjut tentang pengalaman sebagai bapa, Issey berkata dia cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dalam membantu menguruskan bayinya itu. Kata Issey, banyak perkara baharu perlu dipelajarinya terutama dalam memahami kehendak bayi. "Banyak kali saya jadi panik... waktu malam kena berjaga. Lepas itu apabila baby menangis kita jadi risau walaupun orang kata perkara ni biasa je untuk anak kecil. Banyak kali saya jadi panik... waktu malam kena berjaga. ISSEY PENYAMPAI RADIO "Sejak dah ada baby ni saya tak cukup rehat. Sebaliknya saya bagi isteri rehat yang cukup sebab dia menyusukan anak. "Melainkan kalau baby menangis kuat nak susu baru la saya kejutkan isteri," katanya. Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan. Issey menimang cahaya mata pertama pada 31 Ogos. Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi adalah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya. Tiga anak mereka itu ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!