suria

Kecoh panggilan ‘sayang’, Zizi Kirana mengaku sudah dua bulan rapat dengan Yusuf Bahrin - “Saya tak letak harapan... takut kecewa”

Peminat teruja apabila Yusuf panggil Zizi dengan panggilan 'sayang'.

PANGGILAN sayang pelakon Yusuf Bahrin kepada penyanyi Zizi Kirana ketika di IG Live baru-baru menimbulkan tanda tanya netizen yang beranggapan mereka sedang bercinta.

Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun ketiga berhijab, Zizi Kirana teruskan amalan tutup aurat sepanjang Ramadan - “Doakan... mana tahu saya akan terus bertudung selepas ini”

Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka.

Zizi 1

Rakaman IG Live Yusuf bersama Zizi tarik perhatian netizen.

"Panggilan sayang itu saja-saja... bukanlah kami memang menggunakan panggilan itu. Tapi tak sangka la ramai peminat suka melihat kami berdua.

"Bila peminat suka, kami pun rasa happy. Sejujurnya, saya selesa dengan Yusuf. Dia seorang yang soft spoken dan baik.

"Saya tak nak letakkan sebarang status apabila melibatkan soal hubungan. Takut nanti letak harapan dan kecewa. Apa-apa pun, doa yang baik-baik," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, tular video memperlihatkan Yusuf secara spontan memanggil Zizi dengan gelaran 'sayang' ketika berbual di Instagram live.

Apa yang boleh saya kongsi, kami sedang berkawan baru saja sekitar dua bulan lalu.

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Rata-rata netizen menyukai dan merestui sekiranya aktor berusia 29 tahun itu benar-benar mempunyai hubungan cinta dengan Zizi.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Eh ini mendedahkan dia mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram.

Hanya berhubung melalui telefon, penyanyi yang berasal dari Sabah ini tidak menolak sekiranya Yusuf adalah jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuknya.

Zizi 2

Zizi tidak tolak jodoh dengan Yusuf Bahrin.

"Apa yang boleh saya kongsi, kami sedang berkawan baru saja sekitar dua bulan lalu. Kami kenal menerusi program All Together tapi ketika itu tak bertegur pun.

"Mula bertegur di IG masa Hari Raya Aidiladha lalu. Tapi sepanjang berkawan ini, kami tak pernah berjumpa pun. Hanya berhubung menerusi telefon sahaja.

"Soal jodoh ini, saya serah kepada Allah. Insya-Allah kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Tapi kalau tak ada, kami tetap kawan," ujar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain