suria

Fizz Fairuz jadi paranoid, risau bawa balik virus - “Selagi kes tak turun, tak nak keluar rumah... harap orang ramai ambil vaksin”

Fizz dan Almy menantikan kelahiran cahaya mata mereka yang keempat.

PENINGKATAN kes harian Covid-19 membuat pelakon Datuk Fizz Fairuz berasa terlalu curiga atau paranoid untuk keluar rumah melainkan jika terdapat urusan penting.

Menurut Fizz, 41, dia perlu lebih berhati-hari tambahan pula apabila memikirkan keadaan isterinya iaitu Datin Almy Nadia yang kini sedang hamil enam bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz risaukan Almy Nadia... susah tidur malam, sesak nafas dan kerap alami sakit tumit sejak hamil - “Saya kena jaga betul-betul”

Pemilik nama Fairuz Zainal Abidin ini berkata dia dan isterinya akan melakukan aktiviti yang berlainan setiap hari untuk memastikan anak-anak tidak bosan.

Fizz

Fizz bersama isteri dan tiga orang anak mereka.

"Sejujurnya memang agak takut nak keluar rumah melainkan saya ada urusan penting sahaja. Sebab isteri pun tengah hamil dan kami ada anak-anak kecil di rumah.

"Kalau keluar nak pergi mana-mana, saya akan ikut SOP dan balik rumah terus mandi. Virus ini benda yang kita tak nampak.

"Saya dan isteri akan pastikan kami buat aktiviti yang berlainan setiap hari supaya anak-anak pun tak bosan," katanya kepada mStar.

Pada Jun lalu, Fizz berkongsi berita gembira mengenai isterinya sedang hamil anak keempat mereka.

Sekurang-kurangnya kita ada pelindung diri.

FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama Kamar Kamariah ini menyarankan masyarakat agar mengambil suntikan vaksin sebagai pelindungan diri serta orang sekeliling.

Malah, Fizz juga akan turut serta dalam sebuah program vaksinasi satu Malaysia yang akan dilakukan bersama Megaklinik Zahran.

"Selagi kes tak betul-betul turun, memang tak nak keluar rumah. Jadi, saya sarankan orang ramai ambillah vaksin.

FIZZ 1

Fizz dan isteri sentiasa akan melakukan aktiviti berbeza untuk anak-anak.

"Dapatlah lindungi diri dan orang sekeliling. Sekurang-kurangnya kita ada pelindung diri. Saya akan bekerjasama dengan Megaklinik Zahran untuk program vaksinasi.

"Program itu akan pusing satu Malaysia untuk suntikan vaksin. Sekarang masih dalam proses mendapatkan kebenaran daripada kerajaan.

"Sebaik saja dapat kebenaran, saya sendiri akan turun padang untuk program tersebut. Saya harap negara boleh kembali seperti dahulu, kita semua rasa selamat," ujarnya.

Fizz berkahwin dengan Almy Nadia pada 26 April 2014 dan pasangan ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain