suria

Pelakon tak mahu vaksin patut tarik diri... Rosyam Nor minta penggiat seni patuh SOP - “Jangan susahkan orang, semua nak bekerja”

Rosyam Nor gesa pelakon dan penggiat seni gunakan kelonggaran kerajaan untuk kembali bekerja sebaik-baiknya.

LUAHAN rasa Fauziah Nawi mengenai tindakan seorang penerbit dan pengurus produksi mengambil pelakon belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan penggiat seni.

Dalam hal ini pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor berkata, anak seni haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab serta patuh dengan syarat yang ditetapkan kerajaan sebelum memasuki set penggambaran.

Justeru itu, Rosyam berpandangan mereka yang enggan menerima suntikan vaksin digesa menolak tawaran berkenaan bagi memastikan kelonggaran diberi tidak ditarik semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor tak pernah ‘blacklist’ pelakon ada masalah ‘attitude’ - “Kadang-kadang jadi artis kita rasa diri besar”

"Kalau dia tak nak vaksin atau anti vaksin, saya harap mereka tarik diri... jangan menyusahkan orang lain sebab semua orang nak bekerja.

"Kita tak marah kalau dia tak nak vaksin... tapi jangan susahkan orang lain, kita semua dalam industri ni mahu bekerja dengan happy.

penggambaran drama 1

Penggiat seni digesa patuh SOP dan jangan salah guna kelonggaran diberi kerajaan.

"Ramai berdepan masalah kehidupan dan kesusahan sepanjang pandemik, bila ada peluang untuk jana semula ekonomi saya berharap semua orang patuh, kita semua kena bersama-sama bantu mengekang penularan virus ini," katanya kepada mStar.

Rosyam ditemui semasa sidang media TV9 Janji Happy yang diadakan secara maya pada Khamis.

Menerusi laporan mStar pada Rabu lalu, Fauziah Nawi meluahkan kebimbangan jika kelonggaran yang diberikan kepada industri kreatif ditarik jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengetahui ada penggiat seni mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard(SOP).

Alhamdulillah saya diberi kepercayaan mengendalikan Sembang Viral, sebuah program baharu di TV9!

DATUK ROSYAM NOR

PELAKON/ PENGACARA

Sebelum itu, kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 bagi industri kreatif berkuatkuasa Khamis.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran berkenaan adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN termasuk hanya kepada penggiat dan pekerja yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Isu vaksin dalam kalangan selebriti dan penggiat seni terus menjadi topik perbualan hangat kerana ada segelintir mereka lantang memberikan pendapat dan enggan menerima suntikan berkenaan.

sembang viral

Rosyam Nor (tengah) bersama barisan selebriti 'Rakan TV9'.

Berkongsi mengenai perkembangan seni, Rosyam diberi kepercayaan mengendalikan program kapsul bual bicara Sembang Viral setiap hari pukul 7.30 Malam di TV9.

Selain Rosyam, program berdurasi 10 minit ini turut dihoskan oleh pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.

"Alhamdulillah saya diberi kepercayaan mengendalikan Sembang Viral, sebuah program baharu di TV9. Dalam program ini kita akan membincangkan isu-isu yang dikongsi netizen di laman sosial.

"Kita akan ada ahli panel jemputan dan minta pandangan mereka dari sudut perspektif Islam. Rancangan ini sangat santai dan terus fokus kepada isu yang dibincangkan.

"Saya selaku hos akan bertanyakan soalan sebagai netizen dan panel akan menjawab setiap topik yang diutarakan. Program ini sesuai ditonton oleh segenap lapisan usia," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain