suria

Tinggalkan imej seksi, netizen sejuk hati tengok isteri Alieff Irfan - “Saya hanya fikir mati, dalam keadaan baik atau memalukan”

Isteri Alieff Irfan iaitu Bella ikhlas bertudung dalam mencari keredaan Allah SWT.

TAMPIL dengan imej menutup aurat sejak Ogos lalu, isteri kepada YouTuber terkenal Alieff Irfan iaitu Nurul Nabilah Aliah memberitahu dia menerima banyak komen positif daripada pengikut di laman sosial.

Menurut Nurul Nabilah atau lebih mesra disapa Bella, 26, segelintir netizen yang sebelum ini tidak menyukai penampilannya mula berlembut hati dan menjadi pengikut di Instagram.

"Bella dapat banyak mesej peribadi... dulu orang cakap tak nak follow Bella di laman sosial sebab Bella free hair, seksi, tak tutup aurat... tapi sekarang sejuk je mata dan jari pun ringan nak follow Bella sebab dah berhijrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati isteri tergores sering ditanya soal anak, Alieff Irfan minta netizan lebih sensitif- “Jangan pandai-pandai tentukan nasib orang”

"Allahu... baru Bella faham apa yang dia orang maksudkan. Kadang-kadang bila fikir balik malu sangat sangat sebab sejak bertudung ni Bella kalau boleh nak follow orang yang bertudung dan positif sahaja.

"Kalau boleh Bella nak lupakan semua tentang perkara lepas dan nak buka buku baru... sentiasa mengingati Allah SWT setiap saat dan berkawanlah dengan orang positif," katanya.

Bella berhijab bukan sebab paksaan, bukan sebab orang suruh, Bella betul-betul ikhlas untuk berhijrah dekatkan lagi diri dengan Allah!

BELLA

ISTERI ALIEFF IRFAN

Pada 16 Ogos lalu, usahawan produk kecantikan ini membuat keputusan mengenakan hijab dan menutup aurat selepas beberapa bulan mempelajari ilmu agama.

Bella memberitahu dia nekad mendekatkan diri dengan agama selepas kerap terfikir mengenai kematian.

bella alieff2

Bella mahu buka buku baru bersama suami tercinta, Alieff Irfan.

"Bella berhijab bukan sebab paksaan, bukan kerana orang suruh, Bella betul-betul ikhlas untuk berhijrah dekatkan lagi diri dengan Allah... betulkan solat dan positifkan diri.

"Janganlah pandang kehidupan lama Bella.... past is past! Manusia berubah untuk jadi lebih baik. Hari-hari Bella fikir fasal kematian, cuma kita mati dalam keadaan baik atau memalukan? Semua atas diri kita.

"Alhamdulillah sekali lagi untuk sesiapa yang doakan Bella dan sentiasa sokong Bella dari seorang seksi, free hair, sampai la sekarang and Bella masih jahil lagi, banyak lagi kena belajar perlahan-lahan," ujarnya.

Untuk rekod, Alieff dan Bella berkahwin di kediaman pengantin perempuan di Segamat, Johor pada 14 Februari 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain