suria

Ara Johari geram orang buang sampah merata-rata lepas seronok mandi air terjun - “Kau ingat ada cleaner ke nak kemaskan?”

Ara minta masyarakat Malaysia tidak pentingkan diri semasa beriadah di kawasan rekreasi.

KEBENARAN kerajaan memberikan kelonggaran melakukan aktiviti riadah dan rekreasi kepada individu yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 disambut baik oleh masyarakat.

Menerusi laman sosial, netizen berkongsi foto dan video lokasi tumpuan seperti kawasan air terjun dan pantai sesak dengan kehadiran pengunjung.

Rata-ratanya mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga selepas hampir empat bulan berkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari belajar fesyen, berubah jadi lebih feminin pula! - “More to Korean look... tak berani pakai dress lagi”

Bagaimanapun, situasi itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak yang kecewa dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab mengabaikan aspek kebersihan di kawasan rekreasi.

Ini turut menarik perhatian penyanyi Ara Johari yang kesal dengan tindakan segelintir pengunjung membiarkan sampah sarap bertaburan dan tidak diuruskan dengan baik.

ara 2

Ara kongsi luahan hatinya menerusi Instastory.

"Aku geramlah, kita ni nak hiking dan camping sebab nak tengok keindahan alam sekeliling dan nak hirup udara segar.

"Tapi kalau sampah buang merata, kau rasa tak sakit mata ke orang tengok? Kau ingat dekat atas tu ada cleaner (pekerja pembersihan) ke nak kemaskan untuk kau?

"Tolonglah jadi rakyat Malaysia yang berguna, jangan jadi sampah!" katanya menerusi ruangan Instastory.

Macam mana nak jaga alam sekitar kalau ada jenis manusia yang tak ada sivik!

ARA JOHARI

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu Bunga ini menasihati masyarakat Malaysia supaya menjadi individu bertanggungjawab dan tidak hanya mementingkan diri.

"You guys nak pergi hiking atau camping dekat air terjun sana pastikan lepas korang makan atau minum, sampah tu korang bawa turun sekali dan buang dekat tempat yang sepatutnya.

ara sungai 2

Tular di media sosial rakaman video dan foto kawasan rekreasi sesak dengan pengunjung.

"Kalau tak pun bakar sampah tu sebelum nak gerak, macam mana nak jaga alam sekitar kalau ada jenis manusia yang tak ada sivik!” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara pada Jumaat lalu.

Peralihan itu membolehkan beberapa aktiviti sosial dilakukan dan orang ramai dibenarkan merentas daerah namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain