suria

Dua tahun simpan duit, Bunga Isme syukur dapat beli rumah pada usia 21 tahun - “Hadiah untuk ibu… dulu kami hidup berpindah-randah”

Impian Bunga untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai.

IMPIAN penyanyi Bunga Isme ingin memiliki kediaman sendiri tercapai selepas dua tahun berkecimpung dalam industri seni.

Menurut Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini, 21, rumah jenis kondominium yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu merupakan hadiah untuk ibunya, Siti Rohani.

"Alhamdulillah! Syukur impian pertama saya akhirnya tercapai, sejak awal bekerja memang saya nak ada rumah sendiri. Rumah ini juga merupakan hadiah untuk ibu saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme sebak cerita rindu ayah... terkilan bila ada selebriti salah guna kebenaran rentas negeri

"Dahulu kami sekeluarga hidup berpindah-randah kerana emak dan ayah selalu bertukar lokasi kerja, jadi rumah baharu yang dijangka siap beberapa tahun lagi ini akan jadi kediaman tetap kami.

"Lagi pula usia ibu pun dah lanjut, sebab itu saya nak ada rumah sendiri supaya ibu boleh duduk sekali, bolehlah saya jaga dan berbakti kepada keluarga pula," katanya kepada mStar.

bunga 1

Bunga bersama ibu dan ayah tercinta.

Sementara itu, penyanyi lagu Intan Payung ini berkata dia membuat persediaan awal sebelum membeli rumah.

Ini termasuklah menguruskan kewangan dengan baik dan mendapatkan rujukan mereka yang lebih pakar mengenai hartanah.

Bukan senang sebenarnya nak beli rumah, kena menguruskan wang dengan baik... saya lupakan kemahuan, mula menabung dan buat potongan setiap bulan!

BUNGA ISME

PENYANYI/ PELAKON

"Sejak tahun lepas saya dah bertanya dengan beberapa orang mengenai pembelian rumah, saya juga ada Google info-info dan tip sebelum membeli rumah.

"Bukan senang sebenarnya nak beli rumah, kena menguruskan wang dengan baik... saya lupakan kemahuan, mula menabung dan buat potongan setiap bulan.

bunga 2

Bunga banyak mendapatkan rujukan dengan pakar sebelum membeli rumah.

"Selain itu saya juga perlu menjaga keluar masuk wang di akaun bank supaya nampak cantik... memandangkan memiliki rumah memang impian saya, jadi awal-awal lagi saya dah belajar menyimpan," ujarnya.

Bercakap mengenai karier nyanyian, Bunga berkata dia bakal bergandingan dengan penyanyi Siti Nordiana dalam lagu baharu berjudul Amaran yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga dalam proses rakaman single baharu yang dijangka akan menemui peminat awal tahun depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain