SEBULAN menahan kesakitan sehingga tidak dapat tidur, penyanyi Elyana akhirnya menyerah diri ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan. Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu berkata, dia enggan ke hospital kerana menyangka kesakitan itu hanya kesan daripada rawatan radioterapi yang dilakukan baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Perit dengar cerita Elyana buat rawatan radioterapi hati dan pinggul - “Sakit... tapi saya kena kuat” ARTIKEL BERKAITAN : Ibu positif Covid-19, Elyana terkilan tak dapat berada di sisi keluarga - “Saya sedih tak boleh nak tolong banyak... keadaan sendiri pun tak berapa okey” Malah, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 34, mengakui, dia tidak mahu terlepas sambutan ulang tahun anaknya yang ke-10 yang disambut secara kecil-kecilan pada 27 Ogos lalu. Elyana mahu menyambut ulang tahun kelahiran anaknya. "Saya fikir ini sebahagian dari kesan radioterapi yang lepas... sebab itu saya bertahan. Saya ingatkan akan sembuh, tapi semakin sakit. "Lagi satu saya tangguh ke hospital sebab saya tak nak lepaskan sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuan saya yang ke-10 tahun. "Jadi saya kuatkan juga diri untuk raikan walaupun secara kecil-kecilan," katanya kepada mStar. Elyana sanggup menahan sakit demi meraikan ulang tahun kelahiran cahaya pertamanya, Cinta Sumayyah. Terdahulu, Elyana menerusi posting di Instagram memberitahu dia telah dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menahan kesakitan. Selain itu juga, Elyana berkata, dia memendam rasa sakit selama sebulan kerana enggan membebankan ibu bapanya yang dijangkiti Covid-19. Saya ingatkan akan sembuh, tapi semakin sakit. ELYANA PENYANYI "Sepanjang tempoh sebulan tahan sakit hanya suami saya yang tahu. Saya pun tak nak bebankan orang lain terutamanya ibu bapa saya, sebab mak dan adik lelaki saya pun dijangkiti Covid-19 hari tu. "Saya sempat juga la ulang alik hantar makanan dan keperluan untuk mereka walaupun tidak seberapa. Alhamdulillah mereka sudah sembuh sekarang. "Biar saya sakit... jangan orang-orang yang saya sayang sakit sebab nanti lagi saya susah hati," katanya Tambah Elyana, walaupun telah menjalani lebih 20 kali kemoterapi dan 35 kali rawatan radioterapi sepanjang 10 tahun melawan kanser, dia berharap sentiasa diberikan kekuatan untuk berjuang melawan penyakit itu. Elyana bersama suami dan anak-anak, Elyana bergambar bersama keluarganya ketika sambutan Hari Raya Aidiladha Julai lalu. "Harapan saya kalau boleh nak sembuh sepenuhnya... tapi kalau tak sembuh pun, harap sangat sel kanser ni tidak membiak. "Saya pun harap sangat saya dikurniakan tenaga yang luar biasa untuk meneruskan kehidupan saya serta dipanjangkan umur. "Alhamdulillah... kekuatan ini saya dapat daripada doa-doa ibu bapa, keluarga dan semua orang. Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu dan membuat pendedahan mengenai penyakitnya ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017. Dia mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang berusia dua tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!