suria

Lelaki buta tapi kacak agak-agak ada tak wanita yang jatuh hati? Kisah dalam ‘Lovers of The Red Sky’ ni betul-betul meruntum jiwa

Drama fantasi romantis ini boleh ditonton menerusi platform penstriman Viu setiap Isnin dan Selasa.

DEMAM drama Korea (Kdrama) sememangnya kini sedang melanda Malaysia, penonton dalam kalangan wanita mula jatuh hati dengan ketampanan hero-hero yang digelar ‘oppa’.

Terbaharu, drama berlatar belakang Dinasti Joseon iaitu Lovers of The Red Sky lakonan Ahn Hyo Sub dan Kim Yoo Jung kini mula mendapat perhatian peminat Kdrama.

Drama adaptasi novel dengan tajuk sama ini mengisahkan Hong Cheon Gi (lakonan Kim Yoo Jung) iaitu seorang pelukis muda yang sangat berbakat.

viu 2

Kim Yoo Jung bawa watak pelukis wanita pertama era Joseon.

Dia diterima ke Akademi Seni Lukisan Kerajaan Korea sebagai pelukis wanita pertama Joseon dan bertemu Ha Ram (Ahn Hyo Seop) iaitu jejaka buta yang mahir dalam bacaan buruj dalam biro astronomi.

Ha Ram kehilangan penglihatannya kerana kemalangan misteri yang dialami ketika muda.

Melihat daripada penampilan luaran Ha Ram yang tenang dan bijaksana, ada sisi gelap dalam diri dan keperibadiannya yang perlu diperhatikan.

viu 1

Ahn Hyo Sub bawa watak lelaki buta misteri.

Pelukis cantik Hong Chong Gi akhirnya jatuh cinta dengan Ha Ram dan nekad untuk meneruskan hubungan itu.

Namun, pelbagai dugaan yang menimpa pasangan ini disebabkan percintaan di dalam istana bukan sesuatu yang mudah.

Lebih-lebih lagi dengan putera Soo Yang yang terkenal dengan kekejaman dan gila kuasa.

Dapatkah pasangan ini meneruskan cinta mereka? Sama-sama kita tonton kesudahannya di platform Viu setiap Isnin dan Selasa, pukul 10.30 malam bermula 30 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain