suria

Wajah lesu baca berita, Hawa Rizwana bukan mengantuk tapi menghayati! - “Saya tak boleh kawal mimik muka bila sampaikan berita serius”

Hawa nafi penat dengan tugas seharian sehingga kelihatan lesu.

NAMA Hawa Rizwana bukan lagi asing dalam dunia penyiaran tanah air apatah lagi penampilannya kini tidak hanya tertumpu kepada kerjaya sebagai pembaca berita, tetapi juga sebagai pengacara dan penyampai radio.

Perkembangan karier Hawa Rizwana itu bagaimanapun mengundang kebimbangan peminatnya yang mendakwa dia mungkin terlalu penat bekerja sehingga wajahnya dikatakan kurang bermaya ketika menyampaikan berita baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergelar penyampai Kool FM, Hawa Rizwana tak mahu saji hiburan kosong kepada pendengar

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana tepis gosip cinta dengan 3 artis popular - “Saya nak lelaki matang, penyayang... paling penting kena kenal bapa dulu”

"Sejujurnya saya tidak perasan... tapi saya tidak penat pun. Mungkin ketika itu saya sedang sampaikan berita yang serius.

"Bila saya menghayati sesebuah berita, saya sendiri tak boleh nak kawal mimik muka. Kalau boleh memang nak faham sesuatu berita sebab mahu penonton juga faham apa yang saya sampaikan.

hawa

Wajah lesu Hawa ketika membaca berita dirakam oleh salah seorang pengguna Tiktok.

"Nampak penat sangat ke? Okay, lepas ini saya senyum lebih sikitlah," katanya kepada mStar.

Hawa yang merupakan salah seorang pembaca berita Buletin Utama turut mengalas tanggungjawab sebagai pengacara Wanita Hari Ini yang ke udara pada pukul 12.30 tengah hari dan penyampai radio Buletin FM pada pukul 6 hingga 10 pagi.

Sebelum ini tular di media sosial apabila satu akaun TikTok dikenali sebagai @_kak.rose memuat naik video yang memaparkan wajah lesu personaliti TV3 itu ketika menyampaikan berita di Buletin Utama beberapa hari lalu.

Menerusi video tersebut, netizen mendakwa Hawa seolah-olah sedang menahan rasa mengantuk sepanjang menjalankan tugasnya pada malam itu.

Mungkin ketika itu saya sedang sampaikan berita yang serius.

HAWA RIZWANA

SELEBRITI

Mengulas lanjut, Hawa berkata dia tidak tahu menahu tentang perkara itu sehingga rakan-rakannya berkongsi video tersebut kepadanya.

"Pada awalnya saya memang tidak tahu tentang video itu, tapi saya rasa pelik bila kawan-kawan tanya sama ada saya okay atau tidak sehinggalah ada kawan-kawan kongsikan video itu kepada saya.

"Alhamdulillah... jangan risau sebab setakat ini semuanya masih terkawal dan saya sangat enjoy melakukan ketiga-tiga tugasan ini.

"Apapun, saya sebenarnya sangat berterima kasih kepada kenalan dan mereka yang mengambil berat tentang diri saya. Ada yang minta saya jaga kesihatan dan saya memang terharu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain