BELUM lagi reda dengan kontroversi bekas kekasih, pelawak Shuk Sahar kini diuji lagi apabila ibunya iaitu Faridah Che Wan disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu. Selain ibu, Shuk berkata, ibu saudaranya turut dijangkiti wabak tersebut dan mereka kini menjalani kuarantin Pusat Kecemerlangan Mara (MEC) di Jawi, Pulau Pinang. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shuk Sahar buka kedai kopi tepi jalan, kontroversi rumah tangga tak patahkan semangat untuk cari duit Bagaimanapun Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar bersyukur bapanya bebas daripada jangkitan itu. Foto kenangan Shuk dan isteri bersama ibu bapanya. "Ibu saya disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin Jawi, penang sejak Ahad lalu. "Alhamdulillah, bapa saya tidak dijangkiti namun dia perlu juga kuarantin di rumah sebab jadi kontak rapat. Ibu perlu menjalani kuarantin di sana selama 10 hari. "Selain ibu, makcik saya juga disahkan positif dan sama-sama kuarantin di pusat tersebut. Nasib baik juga ada makcik saya, dapatlah teman ibu. "Ibu saya sudah berusia... jadi, dia agak takut kalau seorang diri. Bila ada makcik ini, ada la peneman dia," katanya kepada mStar. Alhamdulillah, ibu saya pun tidak mengalami gejala yang teruk. SHUK SAHAR PELAWAK Sebelum ini, isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi berita sedih mengenai ibu mentuanya itu di laman Instastory. Dalam pada itu, pelawak berusia 35 tahun ini memberitahu dia yang kebetulan berada di Pulau Pinang atas urusan kerja sempat melawat bapanya di rumah. Bersyukur ibunya tidak mengalami gejala yang teruk, Shuk berkata jangkitan tersebut mungkin berpunca daripada ibu saudaranya. "Tiga hari lalu, saya ada di Pulau Pinang kebetulan memang ada kerja di sana. Sempat juga saya singgah bertemu dengan ayah. Tapi hanya melawat dia dari jauh. Shuk bersama isteri dan anak-anak. "Alhamdulillah, ibu saya pun tidak mengalami gejala yang teruk. Hanya sekadar pening kepala sahaja. Kemungkinan ibu berjangkit daripada makcik. "Sebab makcik memang tinggal bersama ibu bapa saya dan dia selalu keluar beli barang. Sebelum disahkan positif, ibu tak berapa sihat. "Bila tak sihat, dia pergi hospital dan terus disahkan positif," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!