HASRAT penyanyi Elizabeth Tan untuk mengembangkan kerja nyanyian nampaknya terbantut selepas usaha untuk meninggalkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia (Warner) masih belum kesampaian. Ujar Elizabeth atau Lizzy, 27, sehingga kini dia belum menerima sebarang maklum balas tentang statusnya bersama syarikat tersebut. "Lizzy dah hantar surat, tapi Warner tak balas. Jadi apabila mereka tak balas saya takut nak buat apa-apa.ARTIKEL BERKAITAN: Belum sedia tinggalkan ibu, Elizabeth Tan, suami tak sebumbung - “Kami jumpa bila perlu” "Saya perlukan black and white daripada mereka. Kalau mereka tak nak bagi saya masih takut," katanya kepada mStar. Elizabeth ditemui pada sidang media drama Gerak Khas Undercover yang diadakan secara maya pada Isnin. Elizabeth meletakkan harapan agar isu berkenaan dapat diselesaikan dengan baik. Mengulas lanjut tentang kontrak bersama Warner, Elizabeth berkata dia meletakkan harapan agar isu berkenaan dapat diselesaikan dengan baik. "Saya tak nak ada drama, saya nak benda ni settle secara baik. Bagi semua orang masa untuk settle down. "Lepas tu baru saya buat next move untuk kerjaya sebagai penyanyi, sekarang saya fokus kepada bidang berlakon. Saya enjoy. "I just taknak cakap buruk, saya rasa macam kena buli sikit, that's all," ujarnya. Saya tak nak ada drama, saya nak benda ni settle secara baik. Bagi semua orang masa untuk settle down ELIZABETH TAN PENYANYI Sebelum ini Elizabeth berkata, dia sudah menghantar surat guaman untuk keluar daripada Warner selepas tiga tahun bernaung di bawah syarikat rakaman itu. Surat berkenaan dihantar sejak Februari lalu. Bagaimanapun rundingan antara mereka dikatakan berdepan kesukaran apabila kata sepakat belum dicapai sepenuhnya. Kali terakhir Elizabeth tampil dengan single adalah pada Disember 2019 menerusi lagu SHH ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI