suria

Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie bertunang, rancang kahwin tahun depan - “Alhamdulillah... rasa lega dan happy”

Azzam pilih tarikh bertunang pada hari lahir Sheryl 30 September.

SELEPAS dua tahun menyulam cinta, hubungan pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie Shamsulbahri kini memasuki fasa baharu apabila mereka mengikat tali pertunangan pada Khamis malam.

Lebih istimewa apabila Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 24, memilih tarikh 30 September sebagai hari bersejarah mereka iaitu sempena ulang tahun kelahiran Sheryl yang ke-24.

"Alhamdulillah saya rasa lega dan happy. Sebenarnya kami dah rancang awal nak tunang pada bulan Mei, tapi tertangguh sebab PKP.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin terbuka kongsi kisah cinta, Azzam Sham tak takut hilang peminat - “Sheryl sangat istimewa dalam hidup saya”

"Kami kenal each other pun dah lama dan Alhamdulillah hubungan direstui keluarga. Kami harap sampai ke jenjang pelamin.

"Sebenarnya ayah yang pilih nak buat majlis tunang sama dengan tarikh lahir Sheryl," katanya kepada mStar.

AZAM4

Majlis dilangsungkan dengan mematuhi SOP yang ketat.

Pasangan itu segak mengenakan pakaian sedondon berwarna turquoise.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Azzam dan Sheryl dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Ujar Azzam, majlis pertunangan itu dilangsungkan di rumah keluarga Sheryl di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki InsyaAllah kami rancang akan berkahwin pada tahun hadapan.

AZZAM SHAM

PENYANYI

"Majlis berlangsung malam tadi selepas Isyak. Kami buat malam sebab nak memudahkan urusan kerana keluarga semua tak perlu ambil cuti.

"Mereka yang datang hanya keluarga terdekat sahaja iaitu keluarga Azzam ada lapan orang dan pihak Sheryl 10 orang.

"Kebetulan rumah Sheryl di Taman Medan tak jauh dari rumah datuk saya," katanya.

AZZAM5

Majlis pertunangan dilangsungkan di rumah keluarga Sheryl.

Tambah Azzam, mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada tahun depan.

"Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki InsyaAllah kami rancang akan berkahwin pada tahun hadapan.

"Kalau ada apa-apa perubahan kami akan maklumkan awal," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain