suria

Zul Ariffin cerita detik-detik diserang hipertensi - “Apabila tersedar je dah dalam ambulance”

Zul Ariffin kini berada dalam keadaan baik dan sudah kembali bekerja seperti biasa.

SELEPAS mengejutkan peminat dengan perkongsian foto terbaring di atas katil hospital, pelakon Zul Ariffin berharap masalah kesihatannya tidak terlalu merisaukan banyak pihak.

Ujar Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, dia kini berada dalam keadaan baik dan sudah kembali bekerja seperti biasa.

Mengimbau kembali insiden pada Ahad lalu, Zul berkata dia sendiri tidak menyedari apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin bimbang terlebih ramah dengan heroin baharu, jadi bahan gosip - “Takut orang fikir bukan-bukan, kesian dekat mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Bye bye ABPBH! Zul Ariffin tarik diri bertanding, peminat syak ada kaitan dengan hijrah

"Saya pun tak ingat waktu tu, selepas tiga jam saya tak ingat apa-apa. Apabila tersedar je dah dalam ambulance.

"Selepas discharged, keesokan harinya saya dah pergi gym. Sekarang ni saya ok je, ada tenaga," katanya kepada mStar.

zulll-620x379

Zul dimasukkan ke hospital pada Isnin.

Zul berkongsi perkembangan keadaan kesihatannya itu pada sidang media filem Penunggang Agama 2 yang diadakan secara maya pada Rabu.

Ahad lalu Zul dikejarkan ke hospital disebabkan tekanan darah tinggi dan menerima rawatan selama kira-kira empat jam.

"Saya bukan jenis yang suka kongsi apa yang saya buat. Alhamdulillah saya masih hidup

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Bagaimanapun tambah Zul keadaan pandemik yang melanda negara sejak dua tahun lalu bukanlah penyebab dia berdepan masalah berkenaan.

"Apabila saya tak pergi bekerja, ada banyak masa dengan diri sampai saya terlalu banyak berifikir.

245078296_3109107186035051_5923166090478761827_n

Penunggang Agama 2 akan ditayangkan pada19 Oktober di Astro First.

"Tapi pandemik adalah pandemik. Tak ada kesan pada diri dan sekarang saya kembali bekerja.

"Saya bukan jenis yang suka kongsi apa yang saya buat. Alhamdulillah saya masih hidup," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain