suria

Hafiz Hamidun dedah hubungan dengan instafamous berstatus janda berakhir, jarak dan komunikasi jadi halangan

Hafiz mahu mengutamakan anak angkatnya, Hamdee.

TIADA jodoh... penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun mendedahkan hubungannya dengan seorang instafamous Indonesia berstatus janda sudah berakhir.

Menurut Hafiz, 37, kekangan jarak membataskan komunikasi antara mereka dan sukar untuk meneruskan hubungan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia wanita yang sangat 'fun' dan comel” - Hati Hafiz Hamidun kembali berbunga, akui rapat dengan instafamous berstatus janda

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun tak fokus cari cinta, ‘plan’ bersara cecah usia 40 tahun - “Saya nak kurang aktiviti seni... mahu buat amal kebajikan”

"Memandangkan kerajaan sebelum ini melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19, menyukarkan saya untuk bertemu sesiapa.

"Manakala hubungan dengan si dia juga sudah berakhir kerana jarak. Komitmen jarak jauh ini bukan mudah."Jadi, saya memilih untuk memberikan fokus terhadap keluarga kecil dan kerjaya," kata Hafiz kepada mStar.

Hafiz 2Hafiz bersama anak lelakinya.

Penyanyi nasyid Zikir Terapi Acapella ini berkongsi perkara tersebut ketika sidang media secara maya pada Jumaat.

Pada Julai 2019, Hafiz mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang wanita berstatus janda dari negara seberang.

Menurutnya, dia mengenali wanita itu melalui kawan rapatnya yang menetap di Indonesia.

Hafiz pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun bercerai dengan talak selepas lima bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Manakala hubungan dengan si dia juga sudah berakhir kerana jarak.

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI

Tidak menolak jika ditakdirkan mempunyai jodoh lagi, Hafiz berkata, wanita yang bakal menjadi suri hatinya perlu menerima anak angkatnya, Hamdee Hafiz.

Katanya, kanak-kanak itu tetap akan menjadi keutamaan sekiranya dia berkahwin sekali lagi.

Hafiz 1Hafiz tiada perancangan untuk berkahwin buat masa kini.

"Sekarang bukan terima saya saja, tapi Hamdee juga. Harus tahu Hamdee lahir dan membesar dalam keadaan yang bagaimana kerana dia mempunyai sejarah tersendiri.

"Dia (wanita) memang kena terima bukan saja saya, keluarga, tetapi paling penting Hamdee," ujarnya.

Bagaimanapun, Hafiz berkata, dia tidak meletakkan sasaran tertentu bila akan melangkah ke fasa perkahwinan lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia