TIADA angin tiada ribut, secara tiba-tiba peminat pasangan romantis Adam Lee dan Sweet Qismina dikejutkan dengan berita pertunangan mereka pada Ahad. Memilih 24 Oktober sebagai hari istimewa, Sweet Qismina atau Farhanna Qismina Supandi selamat menjadi tunangan Adam pada sambutan hari ulang tahun kelahiran Adam yang ke-24. Umum mengetahui Sweet dan Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 27, mula menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sering tayang kebahagiaan, Sweet Qismina dan Adam Lee disangka sudah berkahwin - “Not yet tapi akan datang... Insya-Allah” ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina ulas soal hubungan dengan Adam Lee selepas setahun bercinta - “Niat nak kahwin tu ada” Menerusi muat naik di laman sosial pasangan yang segak mengayakan baju songket berwarna biru muda itu turut berkongsi foto yang memperlihatkan sekitar majlis pertunang mereka dengan hastag #AdamSweetEngagementDay. Malah Adam sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada tunangnya itu. Tarikh dan perancangan perkahian Adam Lee dan Sweet Qismina belum ditentukan lagi. “Terima kasih kepada anda yang beri ucapan kepada kami. “Tapi saya nak wish happy birthday cik tunang,” - ujar Adam menerusi video ringkas di Instastory. Sementara itu, Sweet yang dihubungi berkata keputusan untuk bertunang adalah sebagai fasa dan mukadimah kepada hubungan mereka pergi untuk lebih jauh. Tambahnya, kedua-dua belah pihak keluarga sudah bersetuju mengikat tali pertunangan selama setahun, namun belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis pernikahan mereka nanti. Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu. ADAM LEE PELAKON "Peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. "Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya. "Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu. "Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Jadi ini juga masa untuk kami bekerja semula," katanya. Majlis berlangsung di sebuah rumah persendirian di Ampang itu dihadiri 20 orang tetamu dalam kalangan ahli keluarga masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Dalam pada itu, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan tersebut sampai ke jenjang pelamin. “Alhamdulillah happy tengok awak berdua disatukan semoga sampai ke jenjang pelamin” “Alhamdulillah akhirnya, lepas ni lagi tak sabar nak tengok berlakon bersama. “Tahniah weh... diam-diam aje dah bertunang” ujar Hafidz Roshdi dan beberapa netizen. Pasangan ini mula bercinta selepas digandingkan dalam drama Adam Chempaka yang ditayangkan pada tahun 2019. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!