suria

Fizz Fairuz, Almy Nadia sepakat tak setuju vaksin anak-anak bawah 12 tahun - “Jangan memaksa, orang dewasa pun tak tahan”

Fizz tidak setuju sekiranya anak-anaknya perlu mengambil suntikan vaksin jenis Pfizer.

KEPUTUSAN kerajaan ingin mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun menimbulkan kebimbangan aktor Datuk Fizz Fairuz.

Tidak bersetuju dengan perkara tersebut, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berpendapat belum tiba masanya untuk memberikan vaksin untuk kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak bawah 12 tahun - KJ

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Risau badan makin gemuk Fizz Fairuz sanggup tak makan dua minggu, berat badan susut 6 kg - “Allah makbulkan niat dia nak kurus... tapi sebab sakit”

Bimbang akan memberi kesan yang teruk, pelakon berusia 42 tahun ini berharap kerajaan mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Fizz 1

Fizz memuat naik artikel mStar mengenai vaksin untuk kanak-kanak.

"Pada pendapat saya, belum sesuai kot. Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat. Walaupun telah dikurangkan dos, tapi tetap beri kesan terhadap mereka.

"Orang dewasa pun tak tahan, inikan pula kanak-kanak. Mohon kerajaan pertimbangkan sebab kerajaan ni umpama bapa.

"Jadi, mohon pertimbangan juga, jangan diperketatkan dan jangan memaksa sebab ramai kanak-kanak dah ambil vaksin influenza... anak saya pun ambil.

"Serba sedikit dapat juga membantu. Kalau boleh kita tangguh dahulu. Tunggu betul-betul vaksin ni tak ada kesan pada kanak-kanak," kata Fizz kepada mStar.

Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat.

FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Fizz turut berkongsi artikel mStar pada Jumaat yang melaporkan kerajaan akan mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun di negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini selaras dengan syor daripada Pentabiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang mengesahkan vaksin itu boleh digunakan mereka yang berumur lima hingga 12 tahun.

Dalam pada itu, isteri kepada Fizz iaitu Datin Almy Nadia juga tidak mahu anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji untuk suntikan vaksin tersebut.

Fizz 3

Fizz bersama isteri dan anak-anak.

Kata Almy yang juga seorang aktres, biarpun dos sudah dikurangkan namun dia bimbang kanak-kanak tidak mampu menampung kesan daripada vaksin.

"Anak-anak saya bukan tempat untuk kerajaan buat uji kaji ya. Kami yang kena cucuk vaksin pun tumbang bagai nak mati.

"Bayangkan anak-anak kecil kena walaupun dos dah dikurangkan tapi tetap sakit ya. Tolong ambil perhatian ya wahai kerajaan.

"Jangan ikut sedap perut saja nak buat anak-anak kecil ini bahan uji kaji. Maaf, saya sangat emosi bab ni," tulis Almy di ruang komen perkongsian tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain