TERPILIH menjadi salah seorang peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Nikki Palikat meluahkan rasa syukur dengan peluang yang diberikan selepas beberapa kali menghadiri uji bakat. Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat, 36, berkata, dia menganggap tahun ini merupakan rezeki buat dirinya untuk kembali aktif di bidang nyanyian selepas lama menyepi. "Sebenarnya dari beberapa tahun yang lalu mereka dah cadangkan nama saya. ARTIKEL BERKAITAN: Nikki - Saya Rasa Lebih Cantik Selepas Berkahwin ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Fazley Yaakob, Adibah Noor dan Aweera antara 13 bintang ‘Gegar Vaganza 8’ "Saya memang ada datang interview sebelum ni, tapi mungkin yang sebelum ini tak ada rezeki "Jadi tahun ini saya dapat peluang itu. It's a comeback, saya harap peminat sentiasa sokong dan beri semangat," katanya kepada mStar. Sebelum buat kemunculan semula Nikki aktif dalam bidang teater muzikal tempatan. Nikki ditemui ketika sidang media pelancaran majlis Gegar Vaganza yang diadakan di VE Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ujar penyanyi lagu Caramu ini, kehilangannya lebih 10 tahun daripada radar seni selepas berkahwin dengan komposer Audi Mok pada tahun 2009 adalah bagi memberi perhatian kepada keluarga. "Saya tak menyepi pun, saya aktif dalam lokal muzikal teater. It's a comeback, saya harap peminat Nikki sentiasa sokong dan beri semangat, NIKKI PALIKAT PENYANYI "Saya juga sibuk selama ini sebagai ibu dan menjaga anak. Tapi semua itu tak menghalang saya untuk kembali menyanyi," ujarnya. Tambah Nikki dia mengambil keputusan untuk menyertai GV8 juga adalah disebabkan ingin memenuhi permintaan peminat yang ingin melihat dia kembali beraksi semula di pentas nyanyian. "Sejujurnya, dekat media sosial ramai tanya bila saya nak buat comeback, bila nak buat album. "Ada yang rindu nak tengok performance saya atas pentas dan itu yang menjadi pembakar semangat untuk join GV8. Antara peserta yang menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). "Saya excited dan nervous sebab mungkin ada genre seperti dangdut atau irama malaysia yang tak pernah cuba. tapi saya suka sesuatu yang luar dari comport zone," ujarnya. Selain Nikki, peserta lain GV8 ialah Aweera, Adibah Noor, Azan Scan, Datuk Fazley, Shidee, Suki, Nico, Bandi Amuk, Ani Mayuni, duo pelawak Saiful Apek dan Yassin Senario, termasuk Upiak Isil dari Indonesia dan Aliff Aziz (Singapura). Konsert mingguan GV8 yang berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) diadili tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI