suria

Cabaran Killa Driz melangkah ke arus perdana, perlu cari kelainan untuk diterima

Killa mahu tampil kelainan.

HAMPIR setahun melangkah ke muzik arus perdana, penyanyi rap Killa Driz mengakui dia masih mencari tempat di hati pendengar.

Bukan mudah untuk beralih dari penyanyi 'underground scene' ke mainstream, namun Killa menganggap perkara itu satu cabaran buat dirinya.

Dia juga yakin pendengar kini lebih bijak memilih lagu yang bersesuai dengan mereka.

"Dahulu memang ada yang mengatakan pemain underground scene yang mahu ke mainstream perlu menukar genre untuk diterima.

"Bagi saya, ia bergantung kepada rezeki. Pendengar boleh menerima apa sahaja muzik asalkan mereka suka dan lagu tersebut kena dengan mereka.

Tidak dinafikan banyak saingan, jadi saya perlu cari kelainan.

KILLA DRIZ

PENYANYI

"Zaman sudah berubah dan sekarang ramai orang boleh menerimanya," kata remaja yang berusia 22 tahun itu.

Sejak melancarkan lagu Siapa Tahu bulan Mac yang lalu, Killa Driz menganggap perjalanan yang dilaluinya penuh warna warni.

Killa Driz turut gembira apabila lagu Berserah gandingan bersama Sabbala, A-Kid dan LastKhalif menjadi runut bunyi untuk drama Tikam.

Dalam pada itu, Killa mengakui dia perlu menampilkan kelainan supaya pendengar menyukainya bukan hanya disebabkan karya sahaja.

Killa 1Killa akui namanya masih belum dikenali biarpun sudah setahun menapak dalam industri muzik.

"Untuk diterima ramai bukan satu perkara yang mudah sebab saya perlu dilihat berbeza, perlu ada kelainan memandangkan industri muzik kita kecil.

"Tidak dinafikan banyak saingan daripada rappers, jadi saya perlu cari kelainan. Apa yang penting, attitude perlu dijaga sebab tidak semua orang boleh terima kita kerana produk sahaja.

"Ada orang melihat peribadi juga. Daripada peribadi barulah mereka mengenal lagu dan sebagainya," katanya.

Untuk rekod, Killa Driz sudah menghasilkan empat buah lagu iaitu Siapa Tahu, Sedar Ku, Kena Sidai dan Berserah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain