suria

Pernah tangguh belajar sertai ‘Mentor Legend’… akhirnya impian Aina Abdul genggam ijazah muzik tercapai!

Impian Aina genggam ijazah akhirnya tercapai.

SELEPAS setahun menanti, akhirnya penyanyi Aina Abdul selamat menggenggam Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari dari Universiti UCSI.

Menghadiri sesi graduasi yang berlangsung pada pagi Sabtu, Aina atau nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, 28, berkata segala usaha dan penat lelahnya menuntut ilmu selama ini terbayar.

"Saya dah habis belajar tahun lalu, tetapi majlis konvokesyen ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun Aina Abdul kumpul duit beli mikrofon, tayang di media sosial bukan nak menunjuk-nunjuk

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lalui jalan sukar, Aina Abdul kongsi kisah sebagai penyanyi kelab malam dalam 'Sepi' - “Saya cuba memberi inspirasi kepada orang ramai”

“Alhamdulillah, akhirnya majlis graduasi berlangsung sebentar tadi dan saya secara rasminya telah berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda.

"Bukan mudah untuk saya belajar dan bekerja dalam masa yang sama tetapi saya tetap berusaha mahu menamatkan pengajian. Ada ketika saya rasa letih tapi saya harus mencuba bersungguh-sungguh," katanya.

aina 2

Aina bersyukur keluarga dan peminat beri sokongan.

Sebelum itu, menerusi Instagram, penyanyi lagu Sepi ini memuat naik foto dia menghadiri majlis graduasi yang diadakan di universiti berkenaan.

Menyedari pentingnya menuntut ilmu, Aina berkata sebagai seorang anak seni dia juga perlu mengutamakan pendidikan.

Saya belajar dalam bidang muzik juga, jadi saya banyak aplikasikan apa yang saya pelajari dalam kerjaya harian saya!

AINA ABDUL

PENYANYI

"Saya pernah menangguhkan pengajian pada penghujung 2014 kerana menyertai Mentor Legend. Selepas itu, saya mula mencari tapak dalam bidang seni dan pada masa yang sama menyambung pengajian.

"Saya sedar yang menyanyi sahaja tidak cukup, saya harus melengkapkan ia dengan ilmu. Lagipun, saya belajar dalam bidang muzik juga, jadi saya banyak aplikasikan apa yang saya pelajari dalam kerjaya harian saya," ujarnya.

aina 3

Aina sedar kepentingan ilmu.

Dalam pada itu, Aina turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang dia bergelar pelajar.

"Keluarga, pensyarah, pihak universiti dan rakan-rakan banyak memberikan sokongan tak berbelah bahagi.

"Peminat saya, Ainations juga menjadi penguat semangat untuk saya melangkah lebih maju. Setiap kali jika saya rasa lemah semangat, saya terus teringat orang yang menyokong saya.

"Saya tak boleh berhenti kerana ramai yang memberikan sokongan serta aura positif untuk melihat saya melangkah jauh. Saya harus banggakan mereka," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain