suria

Lan Solo terpaksa batalkan kemunculan di GV8 selepas dahi anak terkoyak

Anak sulung Lan Solo dikejarkan ke PPUM selepas dahi koyak.

PENYANYI Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim terpaksa membatalkan kemunculannya di program Gegar Vaganza 8 (GV8) pada Ahad selepas anak perempuannya, Nur Amna Qaleesya,11, mengalami kecederaan pada bahagian dahi akibat terhantuk di kunci mangga.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, berkata, dia berpatah balik dan terus bergegas ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

"Actually saya dan isteri siap-siap keluar nak ke program GV8, saya pesan dekat anak-anak supaja jaga diri sebab mereka di pejabat dengan nenek mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Solo syukur bisnes kedai runcit berkembang, pindah ke bangunan tiga tingkat - “Orang buat aduan, kes rompak bukan isu tukar lokasi”

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Solo tak beli anugerah, usaha sendiri majukan bisnes kedai runcit - “Bukan saya minta, orang nak bagi”

"Saya pesan dengan kak long (anak sulung) untuk jaga adik-adik lepas tu balik rumah dengan mak ayah saya.

"Saya keluar tak sampai lima minit dapat call daripada nenek dia mereka minta patah balik, dahi kakak koyak. Saya pun terus bergegas bawa dia ke PPUM risau kalau ada apa-apa berlaku," katanya kepada mStar.

ANAK 2

Qaleesya dikejarkan ke PPUM untuk dapatkan rawatan lanjut.

Dia yang dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) terpaksa membatalkan sesi temuramah di program tersebut selepas sahaja dimaklumkan berhubung insiden tersebut.

"Saya terpaksa hantar gambar pada production, saya cakap sorry tak dapat datang so mereka postpone pada minggu akan datang InsyaAllah.

Kakak (anak sulung) tinjau adik dekat tangga sebab adik dia naik ke studio tingkat atas, dia terkena kunci mangga.

LAN SOLO

PENYANYI

"Nasib baik tak ada masalah untuk GV live plus just jemputan untuk slot interview dan bukan untuk buat persembahan menyanyi," katanya.

Ujarnya, atas nasihat doktor anaknya perlu dibawa berjumpa doktor selepas seminggu kerana bimbang luka akan terus membengkak.

lan solo2

Lan bersama isteri dan anak-anak.

"Bila tengok balik kat CCTV, si kakak tinjau adik dekat tangga sebab adik dia naik ke studio tingkat atas, dia terkena kunci mangga.

"Masa tu dia tak perasan, adik dia yang tegur kenapa kepala kakak berdarah, baru dia perasan.

"Nasib baik la koyak dia tu tak dalam, tapi doktor kata terkena urat halus sikit dan selepas seminggu doktor suruh datang lagi tengok check lagi sekali kalau-kalau bengkak tak surut," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Lan solo, Qaleesya, dahi koyak

Artikel Lain