suria

Pernah dinasihat jangan pandang kamera, Da'i Syed dedah kena gangguan sihir sejak Februari... jumpa jarum dalam rak baju

Da'i Syed akui diri menjadi malas dan tertekan disebabkan gangguan sihir.

MALAS bekerja dan tekanan perasaan antara kesan daripada gangguan sihir yang dialami oleh penyanyi dan pendakwah bebas Da'i Syed sejak Februari lalu.

Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, dia kini masih dalam proses berubat dengan beberapa ustaz di Shah Alam dan Kajang.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dinasihatkan cakap tak pandang kamera, pernah disihir melalui mata ketika buat live IG

"Saya ada pergi berubat dengan beberapa ustaz dan memang mereka kata saya terkena gangguan. Ada seorang wanita menghantar gangguan sihir kepada saya.

Syed 1

Da'i Syed jadi malas bekerja disebabkan terkena gangguan sihir.

"Gangguan itu membuatkan saya menjadi tertekan dan malas nak bekerja. Tak boleh bekerja sebab tak fokus, kepala saya jadi serabut.

"Bukan itu saja, saya susah nak tidur dan takut nak jumpa orang. Benda ini jadi sejak Februari lalu," kata Syed kepada mStar.

Syed ditemui pada majlis memerterai perjanjian di antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor, baru-baru ini.

Sebelum ini, Syed pernah mengakui dia sengaja tidak memandang kamera ketika membuat video dan melakukan sesi Instagram Live (IG Live).

Adik saya pun terjumpa duit syiling depan rumah.

DA'I SYED

PENDAKWAH BEBAS

Penyanyi Ya Habibi ini dinasihatkan untuk berhati-hati kerana kemungkinan boleh disihir atau santau melalui mata ketika melakukan IG Live.

Dalam pada itu, Syed turut mendedahkan baru-baru ini dia mengalami beberapa kali pengalaman pelik dipercayai alat yang digunakan untuk sihir.

Syed 2

Da'i Syed berubat dengan beberapa ustaz.

"Saya jumpa jarum dalam rak baju bilik saya. Ikutkan jarum itu tak pernah ada pun di situ tapi tiba-tiba muncul. Adik saya pun terjumpa duit syiling depan rumah.

"Ustaz pernah beritahu kalau jumpa duit syiling depan rumah jangan ambil. Tapi adik saya terambil pula. Jadi, saya pun terus hubungi ustaz untuk lihat rumah saya.

"Bila ustaz tengok memang ada gangguan (jin) di bilik saya, depan rumah dan dalam kereta saya. Sebab itu bila saya nak keluar rumah jadi malas," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain