suria

Artis berkira, liat promosi drama kena ‘blacklist’... Haji Zil rela bagi peluang pelakon ‘kayu’ - “Bukan keluar modal, kau jentik je guna jari”

Ruhainies antara artis yang diberi peluang oleh Haji Zil untuk mengasah bakat lakonannya.

PELAKON yang bersikap terlalu berkira dan liat mempromosikan drama atau filem lakonan mereka di laman sosial akan disenarai hitam syarikat produksi Zeel Production.

Pemiliknya, Fadzil Teh atau lebih mesra disapa Haji Zil berkata, kerjasama pelakon dalam mempromosikan sesuatu karya amatlah penting dalam memastikan drama tersebut mendapat perhatian.

"Kalau artis macam tu saya akan blacklist. Saya bukan sekat rezeki mereka, tiap kali kita buat drama mereka ni dah letakkan bayaran yang mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelakon sibuk tanya bayaran, pengarah pula tak baca skrip!” - Penerbit Haji Zeel tanggung rugi drama tak menjadi

"Apa salahnya promo drama itu di IG mereka, bukan keluar modal pun, bahan dah bagi kau jentik (upload di media sosial) je la guna jari," katanya kepada mStar.

Perkongsian itu dibuat pada sesi IG Live berjudul ‘How To Make A Drama Go Viral’ anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Isnin.

Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan.

Siaran yang berlangsung hampir dua jam itu dikendalikan oleh wartawan Harian Metro, Sudirman Tahir dan Syafil Syazwan.

Biarpun syarat tersebut tidak dinyatakan di dalam kontrak, namun dengan cara tersebut dapat membantu menaikkan populariti dan peluang kepada mereka menerima tawaran lain.

"Betul benda tu tak ada dinyatakan dalam kontrak, jadi kalau mereka tidak post pun memang tiada masalah.

"Tapi kalau drama tu meletup bukan saya yang dapat next job, tapi mereka!

Apa salahnya promo drama itu di IG mereka, bukan keluar modal pun, bahan dah bagi kau jentik je la guna jari.

HJ ZIL

PENERBIT

"Mereka yang tak mahu promo produk ni saya takkan sekat rezeki mereka. Tapi kalau meeting dengan pihak stesen televisyen saya akan beritahu tentang perkara itu.

"Kalau stesen TV tanya kenapa saya tak mahu ambil pelakon berkenaan, saya akan cakap mereka tak mahu promo drama" ujarnya.

Haji Zil balcklist pelakon yang tidak promot drama mereka sendiri.

Haji Zil enggan bekerjasama dengan pelakon liat promo drama.

Dalam pada itu, sama ada wajar memberi peluang kepada pelakon tidak berbakat atau digelar 'kayu', Haji Zil berkata, semua pelakon perlu diberi peluang untuk perbaiki tahap lakonan.

"Kita sebagai penerbit sepatutnya memberi peluang kepada pelakon yang pernah digelar kayu, bagi peluang untuk dia berkembang.

"Contohnya macam Ruhainies pada awal pembabitan dalam industri memang tidak memberangsangkan dan bagi saya belum pandai berlakon.

"Tapi dia ada effort, ketika berada di set penggambaran dia pandai bawa diri bergaul dengan pelakon lama seperti Ogy dan Fauziah Nawi. Saya respect dia," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Haji Zil

Artikel Lain