suria

Kali pertama karya Siti Rosmizah tak trending, akui ‘Cukup Derita Itu’ hilang momentum kerana PKP

Siti Rosmizah tidak salahkan pelakon sebaliknya memuji lakonan Ruhainies dan Hisyam Hamid.

TIDAK menyalahkan mana-mana pihak, penulis novel terkenal Siti Rosmizah menerima kenyataan drama Cukup Derita Itu kurang mendapat sambutan berbanding karya-karya yang lain.

Siti Rosminah menyedari salah satu punca kegagalan drama itu trending di media sosial kerana diberhentikan pada pertengahan siaran gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Cukup Derita Itu’ terpaksa dihentikan tayangan, banyak dugaan sejak mula penggambaran Disember lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Digandingkan sebagai adik-beradik dalam Cukup Derita Itu, Farhan Asri malu dipuji wajah seiras Hisyam Hamid

"Tak semestinya kena betul-betul ikut novel bila kita buat adaptasi, cukuplah asalkan jalan cerita itu tak lari. Pada saya, kru produksi daripada pengarah sehingga ke pelakon semuanya sudah buat yang terbaik.



DFDGT

Tangkap layar perkongsian Siti Rosmizah mengenai reaksi penonton tentang drama Cukup Derita Itu.

"Biasalah peminat novel mengharapkan drama itu hampir sama seperti di dalam novel, tetapi sebenarnya ada keadaan yang tak boleh kita nak ikut. Saya rasa mungkin momentum drama ini terjatuh kerana cerita ini terhenti sekejap disebabkan PKP.

"Tetapi sekarang ini dah naik balik, masuk minggu kedua orang dah mula berkata-kata dan trending. Sebenarnya tak ada apa-apa isu pun dan saya menerima perkara ini dengan hati yang terbuka, itulah risiko kalau kita shoot cerita waktu PKP," katanya kepada mStar.

Drama Cukup Derita Itu ditayangkan sehingga episod 20 sahaja pada Jun lalu kerana sesi penggambaran terpaksa dihentikan akibat PKP.

Peminat mempunyai hak mereka dan ada pendapat masing-masing, kita tak boleh nak halang.

SITI ROSMIZAH

PENULIS DAN PENERBIT

Drama yang dibintangi oleh Ruhainies dan Hisyam Hamid itu kini ditayangkan semula sebanyak 33 episod di slot Samarinda TV3 pada pukul 10 malam setiap Isnin hingga Khamis.

Sebelum ini, Siti Rosmizah memuat naik posting tentang reaksi penonton yang mempersoalkan beberapa watak dalam drama berkenaan tidak sama seperti dalam novel.

Katanya, drama itu menjadi sejarah buat beliau kerana tidak trending seperti drama-drama sebelum ini.

Antara barisan pelakon Cukup Derita Itu.Barisan pelakon drama Cukup Derita Itu.

"Pelakon sudah beri komitmen yang baik untuk penghasilan drama ini. Walaupun satu sejarah juga buat karya Siti Rosmizah (SR) setakat ini tidak trending.

"Banyak kelemahan yang perlu dibaiki untuk karya-karya lain, yang penting saya belajar pengalaman seseorang bukan jaminan mampu menghasil kerja yang terbaik," ujarnya pada posting itu.

Dalam pada itu, Siti Rosmizah berkata, dia sudah bertanya tentang rating kepada pihak stesen televisyen dan diberitahu drama itu mendapat tontonan yang baik.

Apabila ditanya tentang komen penonton yang menganggap tiada keserasian antara Ruhainies dan Hisyam Hamid, Siti Rosmizah berkata, kedua-dua pelakon itu sudah melakukan yang terbaik.

"Peminat mempunyai hak mereka dan ada pendapat masing-masing, kita tak boleh nak halang. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.

"Tetapi di mata saya, mereka mampu untuk melakonkan watak tersebut dengan bagus. Masa Rindu Awak Separuh Nyawa ditayangkan ada juga yang komen Uqasha tak sesuai dengan Shukri Yahaya," katanya.

rosmizah

Siti Rosmizah syukur Rindu Awak Separuh Nyawa jadi drama nombor satu tontonan tertinggi 2021.

Dalam perkembangan lain, Siti Rosmizah turut meluahkan rasa syukur apabila drama berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa menjadi drama nombor satu tontonan tertinggi di Youtube sepanjang tahun 2021.

"Alhamdulillah saya anggap ini satu pencapaian hasil titik peluh dan sekarang kita nampak hasilnya. Nak dapat nombor satu bukan mudah, tapi berkata juga.

"Bagi drama Rindu Awak Separuh Nyawa buat masa ini belum ada rancangan untuk musim kedua, tapi saya ada drama baru yang akan keluar di Astro bertajuk Jangan Menangis Cinta," ujarnya.

Rindu Awak Separuh Nyawa dibintangi oleh Shukri Yahya dan Uqasha Senrose yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria pada Mac lalu.

Selain Rindu Awak Separuh Nyawa, drama Siti Rosmizah lain yang mendapat sambutan ialah 7 Hari Mencintaimu, Andai Itu Takdirnya, Curi-Curi Cinta dan Lafazkan Kalimah Cintamu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain