suria

Sebulan bergelar suami, Ayie Floor88 dah sedia jika dikurnia zuriat awal

Ayie kini bahagia dengan kehidupan berumah tangga.

SELEPAS sebulan lebih mendirikan rumah tangga, penyanyi Ayie Floor88 mengakui kehidupannya jauh berbeza berbanding ketika bujang.

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 23, berkata dia sudah boleh menyesuaikan diri dengan alam rumah tangga disamping isteri tercinta, Nur Natasyah Ahmad Nawani, 22.

"Alhamdulillah selepas berkahwin semakin bahagia dengan isteri. Kehidupan mungkin agak berbeza dari bujang dan sekarang, tapi kami sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan baru.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ayie Floor88 dah ‘off market’ selamat bergelar suami Tasha Awie

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki bakal kahwin muda, Ayie Floor 88 harap peminat tak lari - “Saya akan cipta lagu romantis khas untuk bakal isteri”

"Bagi saya sekarang tanggungjawab lebih besar, sebab kini sudah jadi ketua keluarga, ada orang lain yang perlu ditanggung," katanya kepada mStar.

Ayie mendirikan rumah tangga dengan Nur Natasyah Ahmad Nawani, 22 pada 21 Oktober lepas di Masjid Ukay Perdana Ampang, Selangor.

Dalam pada itu, katanya, mereka belum ada perancangan untuk berbulan madu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masih terikat dengan urusan pekerjaan yang perlu diselesaikan.

263237176_434300041649894_4371754355989135791_n

Ayie seronok jalani tanggungjawab sebagai suami.

"Berbulan madu belum ada perancangan lagi. Ada la bercuti sikit kalau pergi kerja tu kami luang masa bersama.

"Masakan semestinya ayam masak merah, ini adalah kesukaan saya dan istimewa bila isteri masak sebab saya tidak cerewet bab makanan.

Fasal anak, kalau ada rezeki saya akan umumkan, saya nak minta doa daripada rakan-rakan dan peminat.

AYIE FLOOR88

PENYANYI

Sementara itu, bercerita soal cahaya mata Ayie meminta orang ramai mendoakan dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Tambahnya, dia tidak akan merahsiakan berita gembira itu kepada umum jika benar-benar berlaku.

261523520_266318688868363_4700268635001771946_n

Ayie tidak akan merahsiakan soal anak dan akan umumkan secara terbuka.

"Fasal anak pula, kalau ada rezeki saya akan umumkan, saya nak minta doa daripada rakan-rakan dan peminat.

"Pada saya, kalau ada Alhamdulillah, kalau tiada pun kita akan terus cuba lagi.

"InsyAllah saya akan umumkan, kalau betul-betul confirm dan boleh dikongsi," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain