suria

Vida terkilan tak sempat bantu arwah Gmie, terlepas pandang kerana sibuk urusan kerja

Vida terkilan tidak sempat berikan bantuan ketika arwah sakit.

AHLI perniagaan Datuk Seri Vida terkilan apabila tidak dapat memberikan sumbangan bagi membantu meringgankan beban Gmie Screen ketika Allahyarham berdepan masalah kesihatan.

Mendedahkan pernah dihubungi wakil Gmie, Vida atau nama sebenarnya Hamiza Othman, berkata, dia memang berniat untuk menghulurkan sedikit sumbangan namun terlepas pandang disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja.

"Sebelum meninggal dia ada cakap fasal sakit dia buah pinggang bocor sampai tak boleh jalan dan dia nak benda ni personal. Mungkin keperluan dari segi kewangan fasal sakit dia. Ya Allah saya lupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Gmie Screen meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang berlubang

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus jumpa Gmie dalam mimpi sebelum dapat berita meninggal dunia - “Arwah berbaju putih minta sampaikan salam kepada kawan-kawan”

"Ada pihak yang menghubungi saya yang katanya daripada Astro bagi memohon bantuan untuk arwah ketika itu. Saya terkilan sebab tak dapat nak bantu meringgankan beban dan kos perubatan dia waktu itu.

"Saya dah dapatkan semua detail nombor akaun dia tapi saya lupa, saya terlepas pandang sebab lupa nak inform PA saya, saya rasa ralat sangat," ujarnya kepada mStar.

asjdhlsa;das

Arwah dikebumikan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan Sijangkang, Selangor.

Dalam pada itu, Vida yang juga penaja program realiti Gegar Vaganva musim ketiga (GV3) berkata, dia akan menunaikan niat itu dan menziarahi keluarga Allahyarham dalam masa terdekat.

Saya terkilan sebab tak dapat nak bantu untuk memberi bantuan untuk perubatan dia tu waktu itu.

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

"Saya akan tunaikan hasrat saya. Saya dah minta alamat untuk ziarah family dia dalam masa terdekat ni. Saya bukannya nak tumpang story semua orang," ujarnya.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya Jajmi Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat akibat penyakit buah pinggang berlubang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

gmie

Allahyarham Gmie meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Gmie menyertai kumpulan Screen sekitar tahun 1990an dan popular dengan lagu Bila Cinta Didusta.

Allahyarham kembali meraih populariti semula selepas menyertai pertandingan GV3 terbitan Astro pada 2016.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Royani Gumari dan lima orang anak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain