PENYANYI Shiha Zikir mendedahkan pernah dihubungi rakan artis yang berasa kurang senang dengan pencapaiannya dalam industri seni. Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 34, berkata, dia tidak menyangka individu yang baik dengannya sanggup mengeluarkan kata-kata negatif dan memandang rendah bakatnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah Shiha Zikir ‘bising’ isu dilarang rakam momen cucuk vaksin... ada peminat dulu takut-takut terus terbuka hati daftar! “Saya masuk industri nak cari duit untuk keluarga dan jaga ibu saya... siapa yang ikut perjalanan saya, akan nampak. Sakit nak jadi Shiha. Orang nampak saya happy kat luar tapi orang tak tahu kesedihan yang saya alami. “Ramai orang perlekehkan apa yang saya buat dalam industri. Malah, ada kawan satu industri hubungi saya, tiba-tiba nak marah. Dia cakap ‘kau balik rumah cermin muka sendiri. Kau layak ke?’ “Sepanjang 20 minit dia cakap semua benda negatif yang merendah-rendahkan saya. Orang yang saya tak sangka akan cakap begitu. Dia persoalkan apa yang saya buat dalam industri. Orang nampak saya happy kat luar tapi orang tak tahu kesedihan yang saya alami. SHIHA ZIKIR PENYANYI “Mungkin sebab orang nampak saya buat semua benda dan menyebabkan mungkin ada beberapa pihak yang kurang senang dengan saya. Tapi saya nak cakap satu saja, saya tak pernah merayu tetapi Tuhan yang beri (rezeki),” katanya kepada mStar. Pelakon filem Hantu Bonceng 2.0 itu ditemui ketika sidang media pengumuman top 5 Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan (AME 2021) di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, pada Selasa. Anugerah yang akan dikendali oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad akan diadakan pada 30 Januari 2022 di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Penyanyi Khai Bahar berjaya mendominasi senarai akhir dengan lima pencalonan iaitu Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, Artis Versatil MeleTOP dan Program MeleTOP. Shiha tercalon empat kategori AME 2021. Manakala kumpulan yang kian popular, Dolla dan penyanyi Shiha Zikir turut menyerlah apabila masing-masing tercalon buat kali pertama dalam empat kategori. Selain itu, Shiha turut mendedahkan dia kerap mengalami serangan panik di rumah disebabkan terlalu memikirkan perkara yang terjadi dalam kerjaya seninya. “Bila dapat call daripada kawan, sudah tentu saya gembira tapi bila dia cakap macam tu, memang membuatkan saya sedih dan rasa down sangat. Masa dia call tu, saya dalam kereta. Lepas habis menangis, baru la saya masuk rumah jumpa ibu. “Walaupun cakap dekat ibu tak ada apa, tapi tak boleh nak sorok kesedihan. Sebenarnya dah beberapa kali saya rasa down sehingga mengalami serangan panik. “Duduk bilik pasang aircond, tapi tetap berpeluh. Sakit sangat... sebab tu saya faham perasaan orang yang kena serangan panik ni,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI