KETIKA banyak pihak heboh memperkatakan tentang harta Sajat dilelong, usahawan kontroversi itu yang kini berada di Australia nampaknya tenang-tenang sahaja. Menerusi sesi live Instagram pada Rabu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata, dia tidak kisah jika hartanya yang berada di Malaysia menjadi milik orang lain. "Kan saya dah kata perabot saya semua besar-besar dan tak boleh nak masuk Australia. ARTIKEL BERKAITAN: Peguam syak ada komplot... Pembida lari selepas berjaya bida barang lelongan Sajat didakwa kawan Aliff Syukri ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri terkejut dakwaan hantar staf sendiri bida aset Sajat - “Saya dah tua, tak nak kontroversi dah” "Lagipun saya tak kisah perabot saya kena gadai ke kena lelong ke, pergilah ambil, saya tak hairan langsung. "Yang lelong tu barang saya bukan barang orang lain, saya tak gelabah pun," katanya. Ujar Sajat, dia sama sekali tidak memikirkan harta bendanya di Malaysia, sebaliknya lebih mementingkan kebahagiaan dan kegembiraan yang sedang dilaluinya kini. Barang Sajat akan kembali dilelong pada minggu hadapan. "Bagi saya harta boleh cari, harta yang kat situ (Malaysia) biar kat situ tak payah fikir. "Cari harta kat sini, InsyaAllah boleh dapat lebih banyak dan yang penting saya kat sini, saya dah tak fikirkan apa yang berlaku di Malaysia," katanya. Dalam pada itu, walaupun berjauhan daripada keluarga, kata Sajat dia masih bimbang tentang keadaan dua anak angkat yang kini di bawah jagaan keluarganya. Saya tak kisah perabot saya kena gadai ke kena lelong ke, pergilah ambil, saya tak hairan langsung NUR SAJAT USAHAWAN "Walaupun jauh saya masih ada rasa bertanggungjawab dengan anak-anak saya sebagai seorang ibu. "Terima kasih kepada mak saya sebab selalu ada dengan saya susah senang, selalu merestui saya. "Sekarang saya boleh kerja dan dapatkan duit untuk berikan kepada family. This is my real life, this is my happiness," ujarnya. Untuk rekod, Sajat kini menetap di Australia sejak Oktober lalu selepas melarikan diri kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia. Pada Selasa, proses lelongan aset dan harta Sajat dilakukan di kediamannya di Kota Damansara bermula kira-kira pukul 10.30 pagi. Antara aset dan barangan rumah yang dilelong. Seorang lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol berjaya membida kesemua 39 barang namun terpaksa dibatalkan kerana individu itu tidak munculkan diri untuk membuat sebarang pembayaran. Sesi lelongan itu akan dilakukan sekali lagi pada minggu hadapan. Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat. Untuk rekod kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000. Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!