suria

GV8 terus bersiaran, Astro sumbang RM80,000 untuk mangsa banjir

Kumpulan Sa.YA masih kekal dalam GV8.

KONSERT Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bagi minggu kelima akan diteruskan seperti biasa pada Ahad malam walaupun beberapa kawasan di Lembah Klang lumpuh akibat bencana banjir.

Bagaimanapun atas dasar prihatin, Astro menerusi Yayasan Astro Kasih akan menghulurkan bantuan sebanyak RM80,000 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (NADMA) dan Mercy Malaysia bagi membantu mangsa banjir.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob tersingkir GV8, netizen kata dapat tidur lena

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh.

“Kami berharap, dengan adanya bantuan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu setiap mereka yang terlibat dengan bencana banjir ini.

“Selain itu, pihak GV juga akan turut menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir yang akan diumumkan dengan lebih lanjut sewaktu konsert berlangsung malam ini.

GV 1

Upiak masih bersaing di pentas GV8.

“Pada masa yang sama, Astro juga turut melancarkan kempen pengumpulan dana sebagai usaha mengumpul sumbangan dan derma kilat bagi membantu mangsa banjir,” katanya menerusi kenyataan rasmi.

11 peserta akan membuat persembahan di Konsert GV Kongsi Kasih yang akan berlangsung pada malam Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Selain Ramli atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang dan penyanyi Datuk Syafinaz.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos bersama dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain