SELEPAS dua bulan melahirkan Haider Mateen, selebriti Elly Mazlein memberitahu dia akan mendedahkan wajah puteranya menerusi program MeleTOP yang akan bersiaran pada malam, Selasa. Bagaimanapun Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi foto wajah anaknya di laman sosial selepas ini. ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein selamat bersalin anak kedua, pilih nama Haider Mateen - “Sekejap sangat... syukur Allah permudahkan” Sama seperti anak perempuannya Putri Sara Sefhia Azmi, penyanyi berusia 41 tahun lebih selesa dengan cara begitu. Elly tidak mahu terlalu terbuka kongsi wajah anaknya. "Untuk Haider ini, kami ada eksklusif dan akan dikongsikan di program MeleTOP. Saya tak sorok anak pun. Macam Sefhia sebelum ini pun saya jarang tunjuk. "Sama juga dengan anak kedua ini. Masing-masing ada cara tersendiri, begitu juga dengan saya. Saya rasa bahagia dengan cara sebegini," katanya kepada mStar. Elly ditemui ketika selesai konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini. Untuk rekod, Elly dan suaminya Mohamad Azlan, 31, mendirikan rumah tangga pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). Sebenarnya tak nampak pun suami kekok jaga anak sulung. ELLY MAZLEIN PELAKON & PENYANYI Menerusi perkahwinan pertamanya, Elly dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. Dalam pada itu, penyanyi lagu Empat Dara versi 2020 ini turut berkongsi pengalaman pertama suaminya menjaga bayi mereka. "Sebenarnya tak nampak pun suami kekok jaga anak sulungnya. Sefhia pun dia dah jaga seperti anaknya sendiri dengan penuh kasih sayang. "Cara dia jaga Haider nampak macam sebelum ini pernah ada anak. Dia langsung tak nampak janggal, malah dia selalu berjaga malam dan tolong bancuh susu. Elly tidak terlalu terbuka dedah wajah anak. "Kalau saya penat sangat dia akan uruskan segalanya. Alhamdulillah saya dikurniakan suami sebaik dan harap kekal sampai bila-bila," kata Elly. Sementara itu, pelakon drama Kampung People ini memberitahu nama putera sulungnya iaitu Haider Mateen merupakan pilihannya dan suami. "Nama Haider Mateen itu pilihan saya dan suami. Kami sama-sama pilih nama itu. Maksud Haider itu kuat seperti singa," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!