suria

Warga emas mangsa banjir minta Ardell Aryana datang semula, nak balas budi dengan buah hasil pokok depan rumah

Ardell sebak mendengar cerita daripada mangsa banjir.

PENGALAMAN turut serta membantu mangsa banjir di sekitar Labohan dan Bukit Changgang, Banting, Selangor cukup membuatkan pelakon Ardell Aryana sebak mengenang nasib mereka yang terkesan.

Menurut Ardell, 31, yang juga aktivis kebajikan, kisah dilalui seorang warga emas yang terjejas akibat banjir teruk sejak minggu lalu cukup menginsafkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilu lihat nasib mangsa banjir, mak usia 70 tahun gigih susun sumbangan pakaian... kasihan ibu siap takut, malu bila ramai sokong jadi wakil rakyat

Berkongsi cerita mengenai detik cemas ketika air naik hingga ke paras dada, warga emas tersebut melahirkan rasa syukur isterinya yang tidak boleh berjalan berada di rumah anak mereka di kawasan selamat.

"Saya berjumpa seorang pakcik yang duduk jauh ke dalam. Untuk pergi rumah pakcik saya kena jalan kaki. Pakcik ni cerita pada saya saat air naik deras sampai ke dada.

"Dia menjerit untuk minta tolong, minta anak-anak juga jerit dan bergeas keluar dari rumah.

"Kata pakcik tu, nasib baik dia tergerak hati suruh isterinya yang tak boleh berjalan pergi rumah anak di tempat lain.

Alhamdulillah isteri pakcik tu tak melalui pengalaman buruk ni.

ARDELL ARYANA

PELAKON

"Alhamdulillah isteri pakcik tu tak melalui pengalaman buruk ni. Pakcik tu tak sangka banjir akan berlaku setinggi itu tapi dia syukur semuanya selamat," kongsinya di Instagram.

Pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin ini berkongsi video memperlihatkan dia bersama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

Selain Banting, beberapa kawasan di Selangor terutama di Shah Alam antara lokasi yang sangat terjejas akibat banjir teruk yang melanda sejak Sabtu lalu.

Ardell 1

Ardell turun padang bantu mangsa banjir.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Nadzmi Adwa ini juga terharu dengan layanan warga emas tersebut.

"Selepas beberapa lama berborak, pakcik cakap kat saya 'nak (anak), nanti datang la sini lagi. Pokok depan rumah pakcik ada buah tapi sekarang tak ada, kalau tak banyak buahnya, datang la amik ya selepas semua dah baik semula'.

"Waktu tu saya cuma mampu doakan Allah lindungi dan tempatkan pakcik di syurga tanpa hisab dan azab. Saya rasa dilayan macam anak. Sangat baik pakcik ni," ujarnya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain