suria

Liza Hanim lega lihat semangat ibu lawan Covid-19 - “Alhamdulillah dia la yang paling kuat”

Liza bimbang dengan keadaan ibunya yang disahkan positif Covid-19.

BUKAN sahaja penyanyi Liza Hanim tetapi lima orang anak serta ibunya yang berusia 74 tahun juga disahkan positif Covid-19.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim mengakui dia berasa bimbang dengan keadaan ibunya yang sudah berusia selain anak-anak bakal bersekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim dapat ilham 'Tiada' saat terkenang arwah bapa - “Terbayang wajah ayah hati pun sayu... tiba-tiba datang melodi”

Bagaimanapun penyanyi berusia 42 tahun itu dapat menarik nafas lega apabila melihat keadaan ibu yang semakin sihat.

Liza 2

Liza bersyukur ibu dan anak-anak dalam keadaan baik.

"Apabila dapat tahu, memang saya sangat risau keadaan ibu sebab dia dalam golongan berisiko tinggi. Tak tahu nak fikir macam mana.

"Tapi Alhamdulillah... ibu la yang paling kuat. Syukur sangat-sangat tengok keadaan dia sangat sihat. Anak-anak saya pun kuat.

"Saya ada rasa bimbang memikirkan anak-anak dah mula bersekolah, takut juga virus baru boleh dijangkiti semula," katanya kepada mStar.

Saya sangat risau keadaan ibu sebab dia dalam golongan berisiko tinggi.

LIZA HANIM

PENYANYI

Penyanyi lagu Andai Aku Bersuara itu sebelum ini berkongsi perkhabaran tersebut menerusi Instagram pada malam, Selasa.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti mendoakan Liza dan ahli keluarganya diberikan kesembuhan dengan cepat.

Dalam pada itu, Liza memberitahu dia dan ahli keluarganya melakuan ujian calitan selepas dimaklumkan menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Hanya suami saja tidak dijangkiti virus tersebut, Liza turut berkongsi keadaan dia dan anak-anak yang kini kehilangan deria bau serta rasa.

Liza 1

Hanya suami Liza sahaja tidak dijangkiti Covid-19.

"Saya bawa keluarga pergi buat ujian calitan selepas dimaklumkan kami menjadi kontak rapat pesakit Covid-19. Anak ketiga yang mula dijangkiti.

"Kemudian semua anak-anak termasuk saya dan ibu pula disahkan positif Covid-19. Suami seorang sahaja negatif. Kami semua kuarantin dalam bilik.

"Alhamdulillah... semua nampak semakin baik dan tidak alami gejala yang teruk. Cuma masih demam, hilang deria bau dan rasa. Ada sedikit selsema dan batuk juga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain